Categories: Resipi

Resipi Kek Puding Batik Lembut, Sekali Suap Langsung Tak Rasa Muak!

Jika belum pernah buat Kek Puding Batik, inilah masanya untuk cuba di rumah. Rasanya manis berlemak, lembut dan sejuk, memang sesuai dihidangkan buat keluarga tersayang.

Kelebihan Kek Puding Batik bukan setakat cantik berlapis apabila dipotong, tapi juga mudah dibuat tanpa bakar atau kukus. Senang cerita, orang yang tak tahu buat kek pun boleh cuba.

Perkongsian video di TikTok oleh aidasidek86 mendatangkan hasil Kek Puding Batik yang cantik kejadiannya. Tambahan pula, ia sedap dimakan sejuk-sejuk. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Batik Pandan, Bau Wangi & Lembut Berkrim Sampai Suami Puji Kata Sedap!

RESIPI KEK PUDING BATIK

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

  1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air, agar-agar, serbuk koko dan tepung jagung ke dalam periuk.
  2. Hidupkan api dapur dan kacau adunan sampai sebati.
  3. Tutup api dan masukkan chocolate coin, kemudian kacau sampai sebati lagi.
  4. Masukkan 1 sudu marjerin dan kacau lagi sampai likat.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam loyang dan susun biskut selapis.
  6. Kemudian, tuang lagi adunan dan susun biskut. Buat sampai adunan habis.
  7. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman, baru potong.

Selamat mencuba!

Sumber: aidasidek86

Baca juga: Kek Batik Indulgence Terlajak Leleh, Sekali Cuba Terus Tak Boleh ‘Move On’!

Aimi

Recent Posts

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago