resepi kek batik pandan

Banyak versi kek batik yang boleh anda cuba dan salah satunya ialah resepi Kek Batik Pandan. Selain dinikmati bersama keluarga di rumah, ia juga boleh jadi pencuci mulut untuk jamuan.

Kek Batik Pandan ialah sejenis kek sejuk tanpa bakar yang diinspirasikan daripada kek batik coklat yang terkenal. Perbezaannya, versi pandan ini menggunakan pes pandan untuk dapatkan warna hijau lembut dan aroma wangi pandan yang unik.

Amy Diana telah kongsikan resepi Kek Batik Pandan di Facebook yang sesuai untuk anda yang suka rasa wangi pandan dan tak mahu rasa terlalu manis. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!

RESEPI KEK BATIK PANDAN

resepi kek batik pandan

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus biskut (ditumbuk, jangan terlalu hancur)
  • 1 tin tinggi susu pekat manis
  • ½ tin susu cair (atau ½ cawan susu cair)
  • 2 cawan campuran bijirin (dikisar halus)
  • 200gm mentega atau marjerin
  • Sedikit pes pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan mentega atas api kecil sampai betul-betul cair.

2. Selepas itu, masukkan susu manis dan kacau rata.

3. Kemudian, masukkan pula susu cair, terus kacau sampai sebati.

4. Seterusnya, masukkan campuran bijirin yang sudah dikisar dan gaul lagi.

5. Setelah itu, masukkan beberapa titik pes pandan dan kacau rata.

6. Masukkan biskut yang telah dipatahkan kasar, tutup api dan gaul sampai semua sebati.

7. Masukkan dalam acuan, kemudian tekan bagi padat dan rata.

8. Akhir sekali, biarkan semalaman dalam peti sejuk, esok baru boleh potong. Siap untuk dinikmati!

resepi kek batik pandan

Resepi Kek Batik Pandan ini sangat mudah kerana tak perlu oven atau alatan yang susah. Jika ada tetamu datang, pasti mereka teruja apabila tengok kek batik warna hijau lembut ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Amy Diana

Baca juga: Tips Buat Kek Batik Lembut, Nak Potong Pun Senang, Tiada Lagi Keras Kematu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN