
Jika belum pernah buat Kek Puding Batik, inilah masanya untuk cuba di rumah. Rasanya manis berlemak, lembut dan sejuk, memang sesuai dihidangkan buat keluarga tersayang.
Kelebihan Kek Puding Batik bukan setakat cantik berlapis apabila dipotong, tapi juga mudah dibuat tanpa bakar atau kukus. Senang cerita, orang yang tak tahu buat kek pun boleh cuba.
Perkongsian video di TikTok oleh aidasidek86 mendatangkan hasil Kek Puding Batik yang cantik kejadiannya. Tambahan pula, ia sedap dimakan sejuk-sejuk. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Batik Pandan, Bau Wangi & Lembut Berkrim Sampai Suami Puji Kata Sedap!
RESIPI KEK PUDING BATIK

Bahan-bahan:
- 1 tin susu sejat
- ½ tin susu pekat
- 1½ tin air
- Serbuk agar-agar
- 3 sudu serbuk koko
- 1 sudu tepung jagung
- 200g chocolate coin
- 1 sudu marjerin
- Biskut

Cara-cara buat:
- Masukkan susu sejat, susu pekat, air, agar-agar, serbuk koko dan tepung jagung ke dalam periuk.
- Hidupkan api dapur dan kacau adunan sampai sebati.
- Tutup api dan masukkan chocolate coin, kemudian kacau sampai sebati lagi.
- Masukkan 1 sudu marjerin dan kacau lagi sampai likat.
- Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam loyang dan susun biskut selapis.
- Kemudian, tuang lagi adunan dan susun biskut. Buat sampai adunan habis.
- Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman, baru potong.
Selamat mencuba!
Sumber: aidasidek86
Baca juga: Kek Batik Indulgence Terlajak Leleh, Sekali Cuba Terus Tak Boleh ‘Move On’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM







![[VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa ‘Benda’ Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir](https://media.myresipi.com/2023/02/feature-image-belacan-150x150.png)






