
Kek marble coklat pandan ini berbeza dengan kek mentega klasik kerana ada sentuhan serbuk koko dan enapan pandan, yang memberikan rasa unik dan menarik.
Kombinasi rasa coklat yang kaya dengan aroma pandan yang harum menjadikan kek ini bukan sahaja lembut dan sedap, tetapi juga memukau dengan warna yang cantik.
Yang lebih menarik, rekahan cantik pada permukaan kek ini tidak terjadi secara semula jadi. Ada satu tip mudah untuk mencipta kesan rekahan tersebut, menjadikan kek ini lebih istimewa.
Setiap potongan pasti akan buat anda teringin nak tambah lagi! Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit
RESEPI KEK MARBLE COKLAT PANDAN

Bahan-bahan (untuk 2 buah loyang ‘loaf’ berukuran 7x3x3 inci):
- 300 g mentega tanpa garam
- 200 g gula kastor
- 300 g telur (tanpa kulit) / 5 biji telur (A)
- 260 g tepung kek
- 2½ sdt serbuk penaik
- ½ sdt garam halus
- 5 sdb susu penuh krim
- 20 g tepung kek (untuk bahagian pandan)
- 2½ sdb enapan pandan
- 20 g serbuk koko
- 2½ sdb susu penuh krim (untuk bahagian coklat)
Cara Penyediaan:
- Sediakan 2 buah loyang ‘loaf’ berukuran 7’x3’x3′. Alaskan dengan kertas pembakar.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C/170°C.
- Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan paling tinggi selama 5-7 minit atau sehingga warna adunan menjadi pucat dan berkrim menggunakan pengadun tangan (hand mixer).
- Masukkan telur satu per satu. Pukul setiap telur selama 1 minit pada kelajuan tinggi.
- Ayak bahan kering (tepung kek, serbuk penaik dan garam) dan masukkan dalam adunan secara berperingkat – mulakan dengan bahan kering, diikuti dengan cecair (susu penuh krim), kemudian bahan kering sekali lagi. Pukul dengan kelajuan rendah sehingga sebati, atau anda boleh menggunakan spatula untuk gaul secara perlahan.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Pada satu bahagian adunan, masukkan tepung kek dan enapan pandan. Sementara itu pada bahagian kedua, masukkan serbuk koko dan susu penuh krim. Kaup balik adunan setiap bahagian sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli, satu sudu pandan dan satu sudu coklat. Lorekkan permukaan adunan dengan pisau untuk menghasilkan corak ‘marble’.
- Bakar kek pada suhu 160°C/170°C selama 50-55 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya (gunakan api atas dan bawah dengan kipas tertutup). Letakkan kek di rak tengah ketuhar. Setelah 20 minit, keluarkan kek dan kelar (slit) permukaan kek dengan pisau untuk mendapatkan kesan merekah (jika suka).
- Setelah kek masak, biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang kemas.
Nota:
- Empunya resipi bakar kek pada suhu 165-170°C untuk mendapatkan warna perang pada bahagian luar kek. Suhu yang digunakan bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
- Semua bahan dalam resipi ini diukur menggunakan sukatan metrik.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














