resepi waffle rangup

Anda sedang mencari resepi waffle rangup yang senang dan confirm jadi? Artikel ini khas untuk anda!

Dengan menggunakan bahan yang mudah, anda boleh hasilkan wafel yang rangup di luar dan gebu di dalam. Memang sebiji sama macam seperti beli di kedai.

Nak tahu apa rahsianya? Jom baca artikel ini sampai habis kerana ada tip mudah yang buat wafel anda ‘next level’!

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

RESEPI WAFFLE RANGUP

resepi waffle rangup

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan air atau gabungan 1 cawan susu penuh krim + 1 ½ cawan air
  • ¾ cawan minyak masak atau mentega cair
  • 2 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 3 sudu makan gula kastor
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan serbuk penaik (baking powder)
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat (baking soda)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Pukul atau kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  2. Biarkan adunan rehat selama 10–15 minit untuk hasil wafel yang lebih ringan dan rangup.
  3. Panaskan mesin wafel. Tuang adunan secukupnya menggunakan senduk ke dalam acuan mesin.
  4. Sapukan inti kegemaran anda (seperti coklat, keju, kaya atau peanut butter), tutup dan biarkan masak hingga garing keemasan.
  5. Sedia untuk dinikmati! Hidang panas-panas lebih nikmat

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN