Kek lapis masam manis merupakan salah satu kek ‘legend’ yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda.
Kombinasi rasa masam dan manis menjadikan ia tidak muak dimakan. Teksurnya yang lembut dan lazat menjadikan ia tidak jemu untuk dijamah.
Selain itu, ia juga sesuai dijadikan buah tangan untuk sebarang majlis keraian disebabkan oleh warna lapisannya yang menarik dan meriah.
Jika ada yang mahu cuba buat sendiri kek lapis ini di rumah, boleh ikuti resipi perkongsian oleh Puan Zana Abdul Rashid di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Kek Batik Simple Tapi Rasa ‘Mahal’, Buat Sendiri Puas Makan!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan susu pekat sehingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu. Kemudian ovalette dan esen vanilla.
2. Ayak tepung biskut marie bersama baking powder dan susu cair. Kemudian, masukkan sekali ke dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
3. Bahagi kepada 2 bahagian. Letak pewarna untuk setiap bahagian. Sediakan pengukus. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
4. Ambil dalam 2 sudu makan adunan, letak dalam bekas. Susun asam hawflakes. Kukus dalam masa 10 minit, kemudian keluarkan dan lapis dengan warna lain pula. Ulang proses lapisan sampai habis.
5. Kukus selama 10 minit bagi setiap lapisan dan 20 minit untuk lapisan terakhir.
6. Kek sedia untuk dipotong apabila dah betul-betul sejuk. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zana Abdul Rashid, Puteri Nadia Natasya
Baca juga: Resipi Kek Kelapa Cara Orang Lama, Bau Harum Semerbak Satu Rumah
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…