Kek hujan panas adalah kek kegemaran orang-orang lama yang senang untuk dibuat. Zaman nenek kita dulu, kalau dapat kek ini memang dah dikira mewah sangat.
Bukan setakat nasi sahaja ada hujan panas, kek pun ada!
Bahan yang digunakan sangat ringkas namun bila dibakar bau harum semerbak itu, memang buat diri tak sabar-sabar nak makan.
Anda nak cuba buat kek hujan panas boleh ikut resipi oleh Cik Puan Surina Abadi.
Baca juga: Resipi Cinnamon Roll Sedap & Pasti Licin, Mudah Guna Doh Segera Je
RESIPI KEK HUJAN PANAS
Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu besar Ovalette
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar serbuk santan
- 2 cawan tepung Blue Key
- Sedikit perisa vanilla
- Sedikit garam halus
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan di atas dan pukul sehingga kembang.
2. Setelah adunan menjadi putih dan gebu, masukkan 1 kotak kecil santan Kara. Pukul lagi selama 5 minit.
3. Masukkan setengah cawan minyak dan pukul lagi selama 5 minit.
4. Ambil 1 bungkus kelapa parut kering dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Titiskan pewarna pada kelapa parut tersebut dan gaul rata menggunakan jari. Akhir sekali, gaulkan kelapa parut berwarna tersebut dengan adunan kek menggunakan senduk.
6. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 140°C dengan api atas dan bawah selama 1 jam 15 minit.
Sumber: Surina Abadi
Baca juga: Roti Butterscotch, Begini Cara Jadikan Elok Gebu Dengan Sos Meleleh!