Categories: Resipi

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek coklat. Ia menjadi kegemaran ramai, terutamanya bagi peminat kek berlapis.

Walaupun ada yang kurang menggemari lapisan puding kerana rasanya yang berasaskan telur, kek ini tetap memikat dengan rasa karamel dan coklat yang seimbang. Belum cuba, belum tahu!

Berikut adalah resipi lengkap untuk anda cuba di rumah.

Baca lagi: Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Rangup Dan Manisnya Buat Terliur

RESIPI KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahan karamel:

  • 3 sudu besar gula pasir

Cara Penyediaan:

1. Cairkan gula di dalam kuali dengan api sederhana sehingga menjadi karamel keemasan.

2. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ratakan pada keseluruhan permukaan.

3. Biarkan karamel mengeras dan sejuk sebelum menambah lapisan seterusnya.

Bahan-bahan lapisan puding karamel:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 3 biji kuning telur (gred A)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

2. Tapis adunan untuk memastikan tiada bahan yang bergentel.

3. Tuangkan adunan ke atas lapisan karamel yang telah sejuk tadi.

4. Kukus adunan ini selama 25 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan wap air menitis ke dalam loyang.

Lapisan Kek Coklat:

Bahan-bahan (A):

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko

Cara penyediaan (A):

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Panaskan adunan dengan api kecil sambil kacau sehingga semuanya sebati. Angkat dan biarkan sejuk seketika.

Bahan-bahan (B):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A

Cara penyediaan (B):

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, dan soda bikarbonat bersama.

2. Pukul telur secara perlahan sehingga bercampur tetapi tidak terlalu kembang.

3. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan coklat (A) secara berselang-seli dengan telur yang telah dipukul. Kacau sehingga semuanya sebati.

Cara menggabungkan lapisan kek coklat dengan puding:

1. Tuangkan adunan kek coklat ke atas lapisan puding karamel yang telah dikukus.

2. Kukus lagi selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Gunakan lidi untuk mencucuk kek; jika lidi keluar bersih, kek sudah masak.

Petua Penting:

  • Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk memastikan tekstur kek dan puding tidak terlalu lembik.
  • Pastikan penutup kukusan dibalut kain supaya tiada wap air jatuh ke dalam kek.
  • Untuk hasil terbaik, biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Sumber: Cik Ani

Baca lagi: Asam Pedas Asli Melaka, ‘TIP’ Bagi Rasa Masam, Manis & Pedas Lebih Padu!

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!

Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara…

19 hours ago

Buat Sendiri Jagung Manis Cawan Ala Pasar Malam, Jimat Duit Jika Anak Ramai

Kalau pergi ke pasar malam memang tak sah jika tak beli jagung cup. Sebenarnya, resepi…

20 hours ago

Kreatifnya Cara Buat Mooncake Thousand Layer Ini, Guna Resipi Kulit Karipap Pusing Saja!

Jika anda belum pernah makan Mooncake Thousand Layer, kami cadangkan anda cuba cara buat Mooncake…

21 hours ago

Dim Sum Sedap Dan Mudah, Satu Resipi Boleh Guna Cara Kukus Atau Goreng

Teringin makan dim sum sedap seperti di restoran tapi tak tahu pula cara membuatnya. Jangan…

23 hours ago

Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya

Ramai antara kita suka kupas kulit sayur-sayuran sebelum makan. Tapi, sebenarnya ada jenis jenis sayur…

2 days ago

Makanan Tradisional Cina Popular Di Malaysia, Senarai Ini Boleh Buat Versi Halal!

Suasana di Malaysia kini sedang meriah dengan sambutan Tahun Baru Cina. Pada masa yang sama,…

2 days ago