kek coklat karamel

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek coklat. Ia menjadi kegemaran ramai, terutamanya bagi peminat kek berlapis.

Walaupun ada yang kurang menggemari lapisan puding kerana rasanya yang berasaskan telur, kek ini tetap memikat dengan rasa karamel dan coklat yang seimbang. Belum cuba, belum tahu!

Berikut adalah resipi lengkap untuk anda cuba di rumah.

Baca lagi: Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Rangup Dan Manisnya Buat Terliur

RESIPI KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahan karamel:

  • 3 sudu besar gula pasir

Cara Penyediaan:

1. Cairkan gula di dalam kuali dengan api sederhana sehingga menjadi karamel keemasan.

2. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ratakan pada keseluruhan permukaan.

3. Biarkan karamel mengeras dan sejuk sebelum menambah lapisan seterusnya.

Bahan-bahan lapisan puding karamel:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 3 biji kuning telur (gred A)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

2. Tapis adunan untuk memastikan tiada bahan yang bergentel.

3. Tuangkan adunan ke atas lapisan karamel yang telah sejuk tadi.

4. Kukus adunan ini selama 25 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan wap air menitis ke dalam loyang.

Lapisan Kek Coklat:

Bahan-bahan (A):

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan serbuk koko

Cara penyediaan (A):

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Panaskan adunan dengan api kecil sambil kacau sehingga semuanya sebati. Angkat dan biarkan sejuk seketika.

Bahan-bahan (B):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A

Cara penyediaan (B):

1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, dan soda bikarbonat bersama.

2. Pukul telur secara perlahan sehingga bercampur tetapi tidak terlalu kembang.

3. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan coklat (A) secara berselang-seli dengan telur yang telah dipukul. Kacau sehingga semuanya sebati.

Cara menggabungkan lapisan kek coklat dengan puding:

1. Tuangkan adunan kek coklat ke atas lapisan puding karamel yang telah dikukus.

2. Kukus lagi selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Gunakan lidi untuk mencucuk kek; jika lidi keluar bersih, kek sudah masak.

Petua Penting:

  • Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk memastikan tekstur kek dan puding tidak terlalu lembik.
  • Pastikan penutup kukusan dibalut kain supaya tiada wap air jatuh ke dalam kek.
  • Untuk hasil terbaik, biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Sumber: Cik Ani

Baca lagi: Asam Pedas Asli Melaka, ‘TIP’ Bagi Rasa Masam, Manis & Pedas Lebih Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN