Selain daripada Kek Lapis, Ikan Terubok serta Pes Laksa Sarawak, tahukah korang terdapat satu lagi makanan sensasi dari Bumi Kenyalang ini yang ramai minati iaitu Kek Butter Cheese Mita.
Ia telah menjadi kegilaan ramai sehinggakan berkotak-kotak beli kalau datang ke Sarawak. Untuk pengetahuan, Mita CakeHouse merupakan salah satu bakeri legend yang terkenal di Sarawak dan telah beroperasi dari tahun 1987 lagi.
Baca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia
Cawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock Kuching dan sejak itu ia telah menjadi bakeri kegemaran penduduk tempatan di Sarawak.
Kini sudah menjadi trend jika pengunjung atau pelancong luar Sarawak terutamanya dari Semenanjung untuk membawa balik kek Butter Cheese dari Mita CakeHouse ini sebagai buah tangan.
Ada yang sampai bawa balik 10 kotak kek ini kerana katanya 1 sahaja itu tak cukup. Kek ini bukan sahaja digemari pengunjung serta pelancong luar, penduduk tempatan di Kuching ini sendiri juga memang gemar akan kek ‘lejen’ ini.
Kombinasi kek Butter Cheese Mita dengan Kopi O panas atau Teh O panas
Kombinasi mantap kek ini dihidangkan bersama Kopi O panas atau Teh O panas pasti akan membuat hari korang lebih baik!
Baru-baru ini di TikTok, terdapat sebuah video yang tular dengan tontonan lebih 300k di mana seorang pengguna media sosial tersebut berkongsi rakaman berkotak-kotak kek ini ditapau dalam pesawat penerbangan.
Perkara biasa tapau balik kek Mita berkotak-kotak
@syafhumilde It’s normal. Don’t judge!!! #buttercheesecake #mita #fypシ #tiktoksarawak
Dalam video berkenaan, pengguna TikTok tersebut berkata bahawa ini adalah perkara biasa kalau balik dari Kuching, Sarawak.
Kek Butter Cheese Mita ini wajib dibawa balik kek ini, satu kotak memang tak cukup, tambahnya lagi.
Kalau korang belum lagi pernah menikmati keenakan kek ini, nanti singgah ke Sarawak bolehlah cuba tau~
Atau, kalau rasa macam tak sempat-sempat nak ke sana, nanti penulis akan cuba cari resipi seakan-akan kek ini untuk mengubat kerinduan korang ya. Tapi bagi penulis merasa dulu lah ye, Hiks!
Kredit: iloveborneo.my