Sesiapa yang suka kek klasik wajib cuba buat Kek Asam Manis dalam versi kukus ini. Apabila dimakan, rasa lembut dan sedapnya tak terkata.
Jika anda belum pernah makan dan ingin merasai betapa lazatnya kek ini, boleh ikut resipi Kek Asam Manis yang telah dikongsikan oleh Aida Umi Yati di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Hati Pari Dengan Cara Kukus Yang Mudah, Hasil Jadi Masam Manis!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar telur dan gula sampai jadi putih.
2. Selepas itu, guna mangkuk lain dan kisar planta sampai jadi putih juga.
3. Apabila sudah dikisar, masukkan planta ke mangkuk telur tadi dan gaul sampai rata.
4. Kemudian, masukkan bahan-bahan seperti biskut, susu, baking powder, esen vanilla.
5. Apabila adunan sudah sebati, bahagikan kepada dua bahagian iaitu adunan pertama warna kuning dan adunan kedua warna hijau.
6. Selepas itu, sapukan loyang dengan planta dan mula masukkan adunan (tak kisah warna apa dulu, paling penting kena selang-seli).
7. Letak dalam 4 atau sudu makan adunan dan asam serta kukus 5 minit bagi setiap lapisan. Masukkan adunan warna lain dan kukus lagi (setiap lapisan 5 minit tau).
8. Akhir sekali, kukus selama setengah jam. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Kek Asam Manis merupakan kek yang popular pada zaman dahulu dan cukup digemari ramai. Kombinasi rasa masam dan manisnya, memang membuatkan sesiapa saja terpikat.
Setelah selesai membuat resipi ini, anda akan dapat hasilnya seakan-akan kek lapis apabila dipotong, sampaikan buat satu bekas saja pun boleh terus licin tau.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida Umi Yati
Baca juga: Kek Lapis Asam Manis, Lembutnya Lebih Sempurna Dengan Cara Kukus
Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…
Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…
Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…
Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…
Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…
Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…