Plastik beras terpakai jangan dibuang begitu saja kerana kulit luarnya yang keras mempunyai pelbagai kegunaan untuk bantu kerja rumah jadi lebih mudah.
Kali ini kami kongsikan beberapa kegunaan plastik beras yang tak ramai tahu sebenarnya ia merupakan antara tips menarik untuk dicuba di rumah. Jom kita tengok!
Baca juga: Antara Bahan Pedas Untuk Ganti Cili, No. 3 Tu Buat Makanan Jadi Pedas Manja!
1. Sebagai beg pembungkusan untuk tanaman.
Anda yang suka menanam pokok harus jadikan plastik beras sebagai peneman setia kerana boleh guna semula sebagai beg pembungkusan untuk tanaman seperti keledek dan kentang supaya lebih mudah dituai dan dibersihkan.
2. Dijadikan tempat untuk buang serpihan kaca.
Tiba-tiba gelas kaca terjatuh ke lantai, memang pening nak bersihkannya sebaik mungkin. Jika ada kaca pecah, jangan terus letak dalam tong sampah tau.
Anda perlu letakkan serpihan kaca di dalam plastik beras terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Hal ini bagi mengelakkan haiwan atau pekerja pembersihan terluka kena serpihan kaca.
3. Boleh guna untuk buang bekas susu tin.
Kami yakin ramai yang terus buang bekas susu tin selepas digunakan tanpa berfikir panjang. Sebenarnya, ia sangat berbahaya kerana bahagian tepinya yang tajam boleh buat jari terluka.
Oleh sebab itu, plastik beras boleh dijadikan sebagai penyelamat kerana anda boleh buang bekas susu tin di dalamnya supaya keselamatan lebih terjamin.
4. Diolah sebagai beg membeli-belah yang menarik.
Buat pengetahuan anda, plastik beras boleh diolah secara kreatif untuk dijadikan sebagai beg membeli-belah yang menarik dan terdapat banyak tutorial di pelbagai laman sesawang yang anda boleh cari.
5. Sebagai plastik tong sampah biasa.
Akhir sekali, semestinya ia boleh digunakan semula sebagai plastik tong sampah biasa. Bagi menyimpannya supaya lebih jimat ruang, anda boleh melipatnya dalam bentuk segi tiga.
Kesimpulannya, jangan terus buang barang yang boleh dikitar semula di rumah. Secara tak langsung, anda telah menjimatkan penggunaan beg plastik dan alam sekitar lebih terjaga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Aima Mzln
Baca juga: 10 Jenis Daun Untuk Masakan Lebih Beraroma, Kena Kenal Sebelum Kahwin!
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…