Categories: Resipi

Sambal Udang Bersantan, Letak Pula PETAI, Memang Buat Makan Bertambah!

Entri hari ini kami kongsikan resipi sambal udang bersantan yang mempunyai rasa yang cukup lengkap iaitu pedas, manis, masin serta berlemak. Bolehlah anda masak untuk lauk hari ini!

Rasa ini terhasil dari udang dan gula melaka yang manis, lemak santan serta cili kisar yang memberikan rasa pedas juga asam jawa yang menambah sedikit masam.

Jom lihat resipi perkongsian oleh Cik Puan Syalfarina Razali menerusi laman sosial Facebook.

Baca lagi: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!

RESIPI SAMBAL UDANG BERSANTAN

Bahan-bahan:

  • 15-20 ekor udang segar
  • 7 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 10 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
  • 1 ½ senduk cili kisar
  • 1 hirisan gula melaka
  • 5 sudu besar santan (kami menggunakan santan Kara)
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Siang udang dengan membuang ususnya menggunakan lidi. Potong separuh kepala udang, tetapi biarkan ekornya.

2. Selepas itu, lumurkan udang dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng hingga separuh masak. Ketepikan udang tersebut.

3. Panaskan semula minyak gorengan udang tadi. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Ulangi proses menambah sedikit air 2 hingga 3 kali untuk memastikan sambal cukup masak dan sebati.

5. Tambahkan air asam jawa ke dalam sambal, dan pastikan rasa masamnya sederhana. Jika ada petai, masukkan sekarang untuk menambah aroma dan rasa. Masukkan juga bawang holland yang telah dihiris halus.

6. Masukkan udang yang telah digoreng separuh masak ke dalam sambal. Kacau sebati. Masukkan hirisan gula melaka untuk memberi rasa manis yang seimbang dalam sambal.

7. Akhir sekali, masukkan 5 sudu besar santan untuk memberikan tekstur lemak yang kaya pada sambal udang. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga semuanya sebati.

8. Tambahkan garam dan perasa mengikut cita rasa anda. Kacau lagi hingga sambal cukup masak dan berkilat.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago