Categories: Informasi

Suasana Rembayung Tiba-Tiba Kecoh & ‘Huru-Hara’, Khairul Aming Tampil Dedah Punca Sebenar

Kecoh tengah hari semalam apabila kedai makan Rembayung milik Khairul Aming bertukar huru-hara sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pelanggan yang datang. Eh, apa yang dah jadi sebenarnya?

Isu ini mula tular di media sosial selepas beberapa orang pelanggan berkongsi pengalaman kurang menyenangkan mereka ketika berkunjung ke Rembayung. Menurut mereka, situasi di lokasi kejadian bertukar agak tegang berikutan masa menunggu yang terlalu lama.

Kedai Makan Rembayung Tiba-Tiba Kecoh & ‘Huru-Hara’

“Sistem Rembayung down, dah macam rusuhan. Semua ini slot pukul 2 ke atas tak dapat masuk. Lain macam,” tulis salah seorang pelanggan yang berada di lokasi kejadian.

Suasana yang sepatutnya tenang untuk menikmati hidangan bertukar menjadi keluh-kesah apabila pelanggan bagi slot waktu tersebut tersangkut dan tidak dapat masuk ke ruang makan.

Sedar akan kekecohan yang berlaku, Khairul Aming tidak berdiam diri. Beliau yang terkenal dengan sikap profesional terus tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan punca sebenar gangguan tersebut di media sosialnya.

Baca juga: Lepas Makan Jangan Terkejut Tengok Bil, Ini Senarai Menu & Harga Di Rembayung Untuk Anda ‘Standby’ Duit

Sistem POS ‘Down’, Staf Terpaksa Tulis Order Manual

Menurut KA, insiden itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada sistem Point of Sale (POS) StoreHub yang digunakan oleh premisnya. Apa yang mengejutkan, ini merupakan kali pertama gangguan sekritikal itu berlaku sepanjang enam bulan Rembayung beroperasi.

Sistem tidak dapat menghantar pesanan pelanggan terus ke bahagian dapur. Jadi, kakitangan Rembayung terpaksa mengambil pesanan secara manual menggunakan kertas dan pen.

“Mohon maaf hari ni huru-hara waktu lunch. Sepanjang 6 bulan berniaga, hari ini pertama kali sistem StoreHub POS di mana semua tempahan tak masuk dalam kitchen,” jelas Khairul Aming.

 

View on Threads

 

Slot Jam 2 Petang Paling Terkesan, Keadaan Kembali Terkawal

Proses mencatat order satu per satu menggunakan kertas semestinya memakan masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Akibatnya, waktu hidangan untuk slot tengah hari mengalami kelewatan (delay) yang panjang dan heret hingga ke slot seterusnya. Malah, pelanggan untuk slot jam 2 petang paling terkesan dan terpaksa masuk lambat daripada masa yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Khairul Aming memastikan pihak pengurusan telah mengambil tindakan pantas bagi mengawal keadaan supaya pelanggan yang datang selepas itu tidak perlu menunggu terlalu lama.

“Buat masa ini masih lagi down tapi dah terkawal untuk slot 4.30 petang ke atas,” katanya lagi semalam.

Tindakan pantas Khairul Aming yang cepat memberikan maklum balas dan telus mengakui kesilapan teknikal tersebut meraih pujian ramai.

Sumber: Thread

Baca juga: Lelaki Ini Bagi Rating 8/10 Dalam Review Jujur Restoran Rembayung, Ini Menu Yang Wajib Anda Order!

Wan N

Recent Posts

Resipi Cempedak Goreng ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk, Rupanya Ada Satu Rahsia Dalam Bancuhan

Kalau suka makan cempedak goreng, memang wajib cuba resipi tepung goreng cempedak ini. Bancuhan tepungnya…

2 hours ago

Resipi Ayam Buttermilk Anti-Gagal, Baru Belajar Masak Pun Confirm Menjadi

Kalau sedang mencari ayam buttermilk resepi yang mudah dan sesuai untuk yang baru nak belajar…

4 hours ago

Cara Lembutkan Daging Beku Dengan 3 Bahan, 10 Minit Dah Boleh Potong Nipis

Daging masih keras membeku sedangkan tiba-tiba nak masak? Cara lembutkan daging beku ini mungkin boleh…

4 hours ago

Resipi Sayur Petola Berlado, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Sedap

Kalau ada petola di dapur dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi sayur…

5 hours ago

Ayam Panggang Resepi Ini Perlu Perap Semalaman, Rahsia Juicy Dan Sedap Hingga Tulang

Kalau sedang mencari ayam panggang resepi yang mudah tetapi hasilnya sedap, juicy dan penuh rasa,…

7 hours ago

Resepi Sup Ayam Jernih, Kuah Clear Tak Banyak Rempah Tapi Sedap Sampai Hirup Licin

Kalau sedang mencari resepi sup ayam jernih yang mudah dan tidak menggunakan banyak rempah, resipi…

7 hours ago