Categories: Infomasi

Port Makan Best Di Kuala Kangsar & Ipoh Dengan View Cantik, Wajib Singgah!

Terdapat banyak kedai makan Kuala Kangsar dan Ipoh yang menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dengan pemandangan yang indah.

Jika anda berkunjung ke sini, tak perlu pening kepala memikirkan kedai makan manakah yang sedap dan puas hati. Jom MyResipi kongsikan beberapa tempat yang boleh anda cuba di bawah.

Baca juga: Viral Tempat Makan Seafood Di Jalan Alor, Memang Terlajak Sedap

KEDAI MAKAN KUALA KANGSAR & IPOH

1. Rumah Atap Kuning

Restoran ini mempunyai pemandangan sawah yang menghijau dan gunung ganang yang indah. Memang terasa seperti pulang ke kampung halaman sendiri.

Sebelum ke sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana kedai makan ini berkonsepkan ‘tetamu datang ke rumah’ bukan kedai makan.

Layanan yang diberi juga cukup mesra dan makanan yang dihidangkan semuanya lazat-lazat belaka.

Menunya juga bergantung pada tarikh yang dipilih sama ada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Alamat: Waze/maps ‘Rumah Atap Kuning’

Nombor telefon untuk tempahan: 019-668 8466 (WhatsApp sahaja)

2. Victoria Bridge Cafe

Dekat Kuala Kangsar ada satu kedai makan kalau makan laksa dengan mee kari. Apa yang specialnya di sini, mee kari boleh pilih nak makan dengan udang atau ketam, harga RM 10.00.

Boleh juga kalau nak nikmati dengan bihun, kueytoew ataupun maggi. Selain itu, nasi goreng dan spaghetti meatball juga ada di sini.

Alamat: Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu & Rabu (10 pagi-6 petang), Khamis (8.30 pagi-4.30 petang), Isnin & Selasa (tutup)

3. Restoran Semat Q

Lokasinya berdekatan bangunan kedai trafik light sebelah Hospital Kuala Kangsar. Anda pasti akan jatuh cinta dengan menu nasi arab kambing dan pelbagai menu lain yang memang menarik.

Alamat: 99, Jln Meru Perdana 1, Taman Meru Perdana, 31200 Chemor, Perak

Waktu operasi: Isnin, Rabu, Khami & Jumaat (12 tengah hari-7 petang), Sabtu & Ahad (12 tengahari-10 malam)

4. Sajian Panorama Padang Ampang

Dekat Kuala Kangsar, ada satu port nak makan makan sambil layan view Sungai Perak. Lokasi tepi sungai Perak dan terletak selepas Sekolah memandu Padang Ampang sebelah kanan.

Alamat: Desa D’Ampang, Batu 28, Padang Ampang, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: Khamis-Selasa (8 pagi-2.30 petang)

5. Ghumoh Safar

Di Kuala Kangsar, ada satu port makan berkonsepkan bedcafe pool. Ghumoh Safar ini turut menyediakan kolam renang mini dan chalet yang sesuai untuk hari keluarga. Turut disediakan aneka jualan makanan sarapan pagi, claypot, masakan panas dan roti bakar.

Alamat: Desa D’Ampang, Batu 28, Padang Ampang, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: Buka setiap hari (8 pagi-2.30 petang) kecuali Jumaat (8 pagi-12 tengah hari)

6. Lepak Kampung Talang Hilir

Port Makan Dalam Tiub merupakan restoran yang terkenal dengan konsep uniknya di Kuala Kangsar, restoran yang menawarkan suasana tradisional yang memukau. pengalaman makan di dalam tiub pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dilupakan bagi setiap pengunjung.

Pelbagai menu yang boleh dicuba disini dan fasiliti seperti tandas dan surau juga turut disediakan.

Alamat: 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat (6 petang-12 pagi)

Kredit gambar: Zuraini Alis II, Norul Azila, Dhuha Rashidi, Seladang Perak, Al Fajar Collections

Baca juga: 10 Tempat Makan Viral & Paling ‘TOP’ Di Kelantan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago