Categories: Infomasi

10 Kedai Makan Viral Di Malaysia Sebab Cantik, Sesuai Untuk ‘Nature Lover’

Orang yang digelar nature lover sangat menyukai tempat yang dipenuhi alam semula jadi dan paling teruja jika dapat makan kedai makan cantik dengan pemandangan yang indah.

Kali ini kami kongsikan antara kedai makan cantik yang viral kerana pemandangan yang luar biasa, istimewa buat para nature lover. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik

10 KEDAI MAKAN CANTIK YANG VIRAL DI MALAYSIA

1. PortHutan, Johor Bahru, Johor.

Dalam kesibukan bandar Johor Bahru, terdapat sebuah kafe yang terletak di dalam hutan yang cukup popular di kalangan orang Johor iaitu Hutan Bandar.

Nak pengalaman makan secara santai dalam hutan yang indah, inilah tempatnya. Jika datang sini, anda kena cuba makan Pizza Pepperoni dan air kopinya yang memang padu.

Alamat: K-09, Jalan Yahya Awal, TMIYC, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, jam 3 petang hingga 11 malam
Rating Google: 4.4⭐⭐⭐⭐

2. D’Rebung @ Banghuris, Sungai Pelek, Selangor.

Buat anda yang tidak berpeluang ke Jepun tapi teringin rasai makan dengan suasana di sana, boleh datang ke kedai makan yang cantik di bawah rimbunan pohon buluh rebung madu ini.

Pelbagai masakan Jawa yang anda boleh pilih di sini dan menu popularnya iaitu Nasi Ambeng adalah makanan yang wajib anda cuba kerana sedap tak terkata.

Alamat: Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan Selasa, jam 11 pagi hingga 4 petang (hari minggu buka jam 8.30 pagi hingga 7 malam)
Rating Google: 4.3⭐⭐⭐⭐

3. Rimba Cafe, Kuala Kedua, Kedah.

Jika sebelum ini belum pernah merasai pengalaman makan sambil kaki terendam dalam air, inilah masanya untuk anda bawa keluarga ke kedai makan yang cantik dengan pemandangan sungai.

Menu masakan makanan Melayu ala kampung serta ulam-ulaman bersama pelbagai sambal di sini sangat mengiurkan. Menjamu selera bersama air sungai yang dingin, pasti buat anda ingat sampai bila-bila.

Alamat: K702, 09100 Baling, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, jam 10 pagi hingga 5 petang
Rating Google: 4.3⭐⭐⭐⭐

4. Widuri Lake Cafe, Rawang, Selangor.

Tempat ini boleh realisasikan impian anda untuk makan di tepi tasik seperti dalam movie. Melihat tasik yang tenang pada waktu petang boleh buat anda lupa segala masalah yang ada.

Selain juadah tempatan seperti nasi ayam, laksa, mee rebus dan sebagainya, anda juga boleh nikmati pelbagai jenis kopi dan croissant yang lazat di sini.

Alamat: Jalan Widuri 3, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan Selasa, jam 4 petang hingga 8 malam
Rating Google: 4.2⭐⭐⭐⭐

5. Hay! Cafe, Sekinchan, Selangor

Buat anda yang merancang untuk bercuti di Sekinchan, jangan lepaskan peluang untuk datang ke kafe ini kerana menjamu selera di tepi sawah adalah pengalaman paling indah.

Keistimewaan di sini adalah pelbagai jenis kek yang sedap. Jangan risau jika lapar, terdapat juga menu nasi yang menarik untuk anda pesan di sini.

Alamat: 3°31’35.5″N 101°08’14.0″E, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 9 pagi hingga 7 malam (Hari Isnin dan Selasa buka jam 9 pagi hingga 5 petang)
Rating Google: 4.2⭐⭐⭐⭐

6. Tentent Cafe & BBQ, Bentong, Pahang.

Ramai yang tak tahu di Genting Highland, terdapat satu kafe yang baru dibuka. Di sini, anda akan terasa seperti makan di awangan yang dikelilingi gunung yang indah.

Kafe ini sangat luas dan sesuai untuk keluarga yang besar, serta keistimewaan di sini adalah hidangan steamboat yang sedap dan cukup memuaskan.

Alamat: Tentent @ Rainforest Park, Lot 9048, Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 10 malam
Rating Google: 4.0⭐⭐⭐⭐

7. Nasi Kandar Tepi Laut, Butterworth, Pulau Pinang.

Macam tak percaya, tapi memang ada kedai nasi kandar yang terletak di tepi laut. Jika berada di Pulau Pinang, wajib singgah makan sini sambil layan pemandangan laut dan bunyi ombak yang menenangkan.

Melihat namanya saja sudah cukup tahu bahawa keistimewaan di sini adalah hidangan nasi kandarnya dengan pelbagai pilihan lauk serta kuah yang mengancam.

Alamat: 369, Jalan Pantai Bersih, Taman Pantai Bersih, 13000 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 12 tengah hari hingga 10 malam
Rating Google: 4.0⭐⭐⭐⭐

8. Gua Lepak, Batu Caves, Selangor.

Orang kata, inilah tempat makan yang dikatakan hidden gem di Malaysia. Sekali-sekala nak makan di tempat yang luar biasa seperti dalam gua, kenalah datang ke sini.

Terdapat 14 gerai di sini untuk anda pilih dan ia merupakan destinasi lepak, makan dan santai yang terbaik bersama keluarga dan kawan-kawan.

Alamat: Jalan TIB 1/3, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, jam 12 tengah hari hingga 1 pagi
Rating Google: 3.9⭐⭐⭐

9. Laman Tebu Aidil, Sungai Besar, Selangor.

Kalau tadi makan dinaung buluh, kali ini dinaung pokok tebu pula. Deretan pokok tebu ditanam sepanjang tepian parit ini menjadikan tarikan utama restoran ni.

Menu di sini sangat ringkas seperti nasi lemak, laksa, kepak ayam bakar dan harganya pun sangat murah, serta sesuai untuk lepak dan minum petang.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, jam 11.30 pagi hingga 7 malam
Rating Google: 3.8⭐⭐⭐⭐

10. D’Selera Pantaa, Pahang.

Buat anda yang inginkan suasana makan yang santai ala di Hawai, inilah tempat yang terbaik untuk ada cuba. Makan pada waktu petang sambil layan matahari terbenam, serius cantik.

Di sini anda boleh cuba masakan celup tepung di tepi pantai serta cendol yang sungguh sedap. Setelah datang kali pertama ke sini, pasti akan datang untuk kali kedua dan seterusnya.

Alamat: Dselera Pantaa, pantai kempadang, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Rabu dan Khamis, jam 12 tengah hari hingga 8 malam
Rating Google: 3.8⭐⭐⭐

Jom pergi makan!

Sumber: Rarecation

Baca juga: 10 Kedai Makan Pontian Yang Menarik, No. 3 Tu Lain Dari Yang Lain!

Aimi

Recent Posts

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

57 mins ago

Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…

1 hour ago

Resipi Daging Enoki Roll, Paling Sedap Diratah Begitu Sahaja!

Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…

2 hours ago

Resipi Bihun Goreng Lada Putih, Sepantas Kilat Boleh Siap Masak!

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…

2 hours ago

Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…

2 hours ago

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…

3 hours ago