
Kalau nak lauk sayur yang cepat dan tak renyah, kailan goreng biasa ini memang sesuai sangat. Bahan pun ringkas, tak perlu ikan masin tetapi tetap cukup rasa bila dimakan bersama nasi panas.
Biasanya kailan goreng memang sinonim dengan ikan masin. Namun, versi ini hanya menggunakan ikan bilis, sos tiram dan sedikit serbuk perisa untuk menghasilkan rasa yang sedap dan menyelerakan.
Baca juga: Cencaru Sumbat Sambal Pedas Manis, Petua Mudah Ini Buat Inti Tak Keluar Masa Digoreng
RESIPI KAILAN GORENG BIASA

Bahan-bahan:
- Baby kailan secukupnya
- 1 biji bawang merah, dihiris
- Bawang putih secukupnya, dicincang kasar
- 1 biji lada merah, dihiris
- Sedikit ikan bilis
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ sudu besar serbuk perisa
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Goreng ikan bilis seketika hingga sedikit garing.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan lada merah dan kacau sebentar.
5. Masukkan baby kailan, kemudian gaul rata dengan bahan tumisan.
6. Tambahkan sos tiram dan serbuk perisa. Kacau hingga semua bahan sebati.
7. Jika sayur terlalu kering, masukkan sedikit air dan teruskan memasak.
8. Masak sehingga kailan lembut mengikut tahap yang disukai, kemudian tutup api.
9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Tips Kailan Goreng Biasa
- Tak perlu tambah garam kerana ikan bilis, sos tiram dan serbuk perisa sudah memberikan rasa yang cukup.
- Jika suka pedas, boleh tambah cili padi mengikut selera.
- Kalau menggunakan kailan biasa, potong kepada bahagian yang lebih kecil supaya mudah dimakan dan cepat masak.
- Jangan masak kailan terlalu lama supaya sayur tidak terlalu layu.
- Jika suka kailan yang lebih berkuah sedikit, tambah air dalam kuantiti yang kecil ketika memasak.
Selamat mencuba!
Sumber: mill masak
Baca juga: Udang Masak Lemak Cili Padi Yang Wajib Dicuba, Kuahnya Sedap Sampai Nasi Pun Nak Bertambah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














