Penang memang dah famous sangat dengan kafe-kafe cantik untuk anda lepak. Tapi kalau anda ke Penang anda wajib try satu kafe aesthetic yang baru di buka ni. Yang bestnya kafe ni adalah suasana kafe ini yang tenang dan cantik. Memang sesuai sangat kalau anda nak berootd ni di sini.
Selain itu, ramai orang yang datang ke kafe ini mengatakan bahawa makanan di sini sedap-sedap belaka dan air kopi mereka memang pekat. Fuhh layan.
Kafe Aesthetic Baru Di Penang, Anda Patut Cuba Lemon Cake Mereka:
Sebuah akaun di Twitter @najihahshahrel ada berkongsi pengalamanya lepak dan makan di kafe yang bernama Brown Sugar Eatery dan terletak di Pulau Pinang ini.
” Siapa duduk Penang tu, try la singgah cafe ni. Cake dia yang lemon tu sedap sangat! Yang tak makan dessert pun boleh habiskan cake ni. ”
Apa yang menariknya di kafe ni, mereka ada menjual pelbagai jenis kopi tau. Haa anda sebut je nak kopi apa semua ada. Latte, americano, mocha semua lah ada. Dan kopi di sini juga sedap tau. Rugi kalau anda tak cuba.
Tak sah la lepak kalau takde pencuci mulut kan? Kat kafe ni juga ada menjual pencuci mulut seperti kek jugak tau. Menurut @najihahshahrel juga, kek lemon kat sini sedap dan tak muak. Kalau anda tak minat dengan kek manis, kek lemon ni memang sesuai sangat untuk anda!
“ Harga? Standard ”
Untuk harganya pula memang berbaloi lah dengan kualiti makanan dan minuman yang disediakan di kafe ini. Takdelah mahal sangat dan anda pun boleh lah lepak dengan tenang hati.
” Finally, cafe aesthetic yang actually serves good cakes & drinks ”
Jadi kalau anda yang ada plan nak cafe hunting di Penang tu, anda wajib cuba makan dan lepak di kafe ni tau! Memang confirm best lah.
Alamat: Brown Sugar Eatery Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi: Selasa – Ahad (3PM – 10PM)
Sumber: @najihahshahrel