Pernah makan kacang shantung? Rasanya yang masin dan berlemak boleh membuatkan sesiapa saja menjadi ‘ketagih’ dan tak berhenti makan. Hantu kacang memang wajib try!
Kalau nak lagi puas, apa kata jom buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Norlela Abdullah di bawah.
Baca juga: Resipi Bepang Kacang Tanah Guna 4 Bahan, Memang Sangat Rangup & Tak Jemu Makan Dibuatnya
RESEPI KACANG SHANTUNG GORENG RANGUP
Bahan-bahan:
- 1 kg kacang shantung
- 1 kotak kecil santan
- Bawang putih (dikisar)
- Bawang putih (dimayang)
- Cili kering (dipotong)
- Garam (mengikut tahap masin yang disukai)
Cara-cara:
1. Rebus kacang bersama santan kotak, bawang putih kisar, air dan garam sehingga mendidih. Rebus selama 10 minit.
2. Selepas 10 minit, tutup api dan biarkan rendam dalam 15 hingga 20 minit.
3. Kemudian, tapiskan dan boleh digoreng dengan api sederhana sehingga masak.
4. Angkat kacang dan goreng pula cili kering serta bawang putih yang dihiris. Angkat dan boleh dicampur dengan kacang tadi.
5. Gaul kesemua bahan yang sudah digoreng tadi sehingga sebati dan bercampur rata.
6. Letakkan di dalam bekas kedap udara. Sejukkan terlebih dahulu sebelum ditutup. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Norlela Abdullah
Baca juga: Tip Rebus Kacang Kuda Bagi EMPUK Dan Lembut, Tak Perlu Tunggu Berjam-jam