Mari buat sendiri Kacang Pool di rumah. Antara menu sarapan yang popular di sekitar Johor dan Singapura tau! Asalnya makanan ini dibawa masuk orang-orang Arab, menu ini dimasak dengan daging cincang dan juga kacang atau dipanggil ‘foul medammas’.
Selain kacang pool, boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Contoh baked beans, red beans atau pun chick peas. Macam-macam aneka resipi ini sebenarnya.
Baca juga: Cara Buat Sausage Puff Sedap, Sesuai Untuk Sarapan & Bekal Untuk Anak
Menu ini biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau. Masak makanan ini mudah dan tak perlu bahan yang banyak.
Ikuti resipi dari perkongsian Resepi Memikat Suami di laman Facebook ini. Memang ramai penggemar hidangan sarapan ini.
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan lain:
Cara-cara menbuat:
1. Cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. kemudian masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.
3. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.
4. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.
Cara menghidang:
1. Cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata kerbau.
2. Tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti sesuai selera anda.
Selamat mencuba resipi Kacang Pool ini.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Sarapan Rendah Kalori ‘Confirm’ Kurus
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…