Jika ada yang mencari resepi tau fu fa seperti yang dijual di pasar malam, mari kita ikuti resipi perkongsian oleh Atiey Qased Badrul ini.
Cara penyediaannya tidak rumit seperti yang disangka, memang cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Pertama kali buat pun pasti menjadi!
Taufu fa ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk mereka yang mahu mula berniaga. Confirm laku keras!
Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun
Bahan-bahan taufu fa:
Bahan-bahan air gula:
Cara penyediaan taufu fa:
1. Rendam kacang soya selama 4-5jam.
2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.
3. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.
4. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.
5. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL – (Bancuhan A)
6. Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.
7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.
8. Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.
9. Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. JANGAN DIKACAU!
10. Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.
11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.
Cara penyediaan air gula:
1. Dalam kuali lain, didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.
2. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.
3. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Atiey Qaseh Badrul
Baca juga: Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…