cucur udang kuah kacang

Nak sediakan minum petang untuk keluarga, boleh buat resipi cucur udang kuah kacang ini. Bukan setakat luarnya rangup dan dalamnya lembut, malah kuahnya pekat berlemak.

Cucur udang dan kuah kacang ini bukan biasa-biasa sebab ada teknik bancuhan mudah tapi menjadi yang dikongsikan oleh Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Jawa Anti Gagal, Goreng Cara Ini Baru Kembang Cantik!

RESIPI CUCUR UDANG KUAH KACANG

cucur udang kuah kacang

Bahan-bahan untuk cucur udang:

  • ½ kilo tepung gandum*
  • Sedikit serbuk kunyit (warna menarik)*
  • Secubit garam*
  • 2 sudu besar gula*
  • 1 biji telur*
  • Sedikit serbuk soda bikarbonat*
  • Daun kucai secukupnya (dipotong pendek)
  • Taugeh segenggam (buang ekor jika mahu)
  • Udang segar (dibersihkan tapi jangan buang kulit, kepala dan ekor)

Bahan-bahan untuk kuah kacang:

  • 500g kacang tanah (disangai atau goreng tanpa minyak, buang kulit, kemudian dikisar kasar)
  • 15 biji cili kering (potong dan rendam sampai lembut)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Cara-cara membuat cucur udang:

1. Campurkan semua bahan bertanda (*) terlebih dahulu dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul sehingga adunan sebati dan tiada lagi ketulan tepung.

2. Setelah adunan menjadi licin, masukkan daun kuchai, taugeh dan udang. Gaul rata sekali lagi dan ketepikan adunan untuk direhatkan selama lebih kurang 30 minit.

3. Selepas tempoh perapan, bolehlah mula menggoreng seperti biasa. Panaskan minyak yang banyak terlebih dahulu, kemudian ambil adunan menggunakan tangan dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.

4. Goreng sampai keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

cucur udang kuah kacang

Cara-cara membuat kuah kacang:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan serai dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak dan naik bau wangi.

3. Masukkan kacang tanah yang dikisar, gaul rata.

4. Tambahkan air secukupnya ikut tahap kepekatan yang disukai.

5. Perasakan dengan garam, gula dan jika suka, boleh tambah sedikit asam jawa atau serbuk perasa.

6. Masak sampai kuah betul-betul masak dan berkilat, barulah padamkan api.

Selamat mencuba!

Sumber: Mazitah Ahmad Nur Solehah

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN