Baru-baru ini, viral berkenaan seorang lelaki yang melakukan perniagaan bergerak dengan menunggang motosikal. Semua makanan dan minuman sarapan yang dijualnya berharga RM1.00 sahaja.
Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok fadhil.zainall, katanya setiap pagi sudah menjadi rutin untuk membeli sarapan di gerai abang motor itu.
Tambahnya lagi, abang motor ini akan mula berniaga pada jam 7.20 pagi di sekitar Petaling Jaya, berdekatan First Avenue.
Difahamkan, abang motor tersebut akan bergerak setempat ke setempat, bukan hanya berniaga di tempat yang sama.
@fadhil.zainall Semua makanan dan minuman sarapan hanya RM1.00 je
Menerusi video di bawah, kelihatan pemilik akaun ini telah membeli nasi lemak, karipap, cekodok dan air dengan jumlah harga semuanya hanya RM4.
@fadhil.zainall Replying to @depeonies91 . Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1.00
Menerjah ke ruangan komen, netizen juga tidak menyangka masih ada orang menjual makanan dengan harga yang begitu murah.
Ramai turut mendoakan semoga abang motor itu dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok fadhil.zainall
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…