Malam-malam lapar tapi tiada idea nak masak apa? Apa kata jom cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini.
Waktu malam kalau boleh nak masak sesuatu yang simple je kan. Sesuai sangat kalau buat meggi goreng malas ni.
Ayuh lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Nohafizul Noor di laman sosial Facebook.
Resipi Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah
Bahan-bahan:
- Bawang sebiji
- Cili 3 biji
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- Meggi 3 keping
- Sos cili
- Kicap
- Telur
- Sayur pilihan
- Garam
Cara-cara:
1. Tumis bawang dan cili.
2. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu.
3. Masukkan air segelas, sos cili, kicap dan sebiji telur.
4. Masukkan sawi dan kacau supaya maggi masak sekata.
5. Kacau dan masukkan sebiji telur lagi. Tambahkan garam, kicap dan sos cili secukup rasa.
6. Bila air dah kering dan secukup rasa, dah boleh hidang dan makan.
Selamat mencuba!
Kredit: Nohafizul Noor