PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Sebut sahaja nasi kandar pasti ramai terbayang keenakan makanan yang cukup popular di Malaysia ini. Mana tidaknya, nasi yang dicampur bersama pelbagai jenis kuah kari kemudian dapat pula ayam goreng yang rangup dan panas fuh memang terangkat. Kebiasaannya ia disajikan dengan pelbagai jenis lauk dan hidangan sampingan. Walaupun nampak kurang sihat tetapi ada fakta menarik tentang nasi kandar yang mungkin anda tidak tahu. Jadi mari kita kenali dengan lebih lanjut tentang fakta nasi kandar yang dikongsikan oleh Penang Kini di Facebook.

Kredit: Penang Kini
  • Nasi kandar lebih bagus daripada nasi putih yang dimasak di rumah sebab nasi kandar tiada kanji. Masa nasi dimasak, kanji dibuang jadi kandungan gula sangat kurang dalam nasi kandar berbanding nasi yang biasa dimasak di rumah.

  • Gulai nasi kandar biasanya ceroi dan kurang berminyak. Malah yang lebih penting, gulai nasi kandar tak guna santan. Kalau gulai yang dimasak di rumah, kebanyakkan kita guna santan dan berminyak. Maka kebaikan gulai nasi kandar ialah kurang kolestrol berbanding gulai yang dimasak di rumah.

  • Kandungan rempah yang lebih di dalam gulai nasi kandar membantu melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

  • Biasanya sayur paling terkenal dalam nasi kandar adalah bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mempunyai vitamin C, baik untuk otot dan otak, serta mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal.

  • Nasi kandar tidak seperti makanan Thai yang kaya dengan kandungan monosodium glutamat

    (msg atau bahasa mudahnya ajinomoto) atau masakan Melayu yang kaya dengan santan dan minyak. Jadi nasi kandar tidak memberikan kesan buruk serta memudaratkan tubuh badan kita berbanding masakan Thai atau masakan Melayu

Kredit: Penang Kini

Kredit: Penang Kini

Kredit: Penang Kini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN