Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
DONUT KENTANG GEBU
Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi di Facebook.
BAHAN-BAHAN
1 kg tepung gandum
3 biji ubi kentang (rebus dan lenyek)
3 sdb marjerin
1 bungkus mauripan
3 sdb gula
1 cawan air suam
Air
CARA PENYEDIAAN
Campurkan air suam, mauripan dan gula.
Biarkan ia sehingga kembang.
Dalam bekas lain lenyekkan ubi bersama marjerin. Masukkan tepung dan gaul sebati.
Selepas mauripan sudah kembang terus masukkan dalam adunan tepung sambil diuli.
Selepas itu, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tadi betul-betul sempurna.
Ambil doh tadi tekan dengan acuan donat. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.