Kalau nak keluar makan bersama anak-anak kan tak boleh memandangkan sekarang tengah musim PKP. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak baked carbonara cheesy meatball. Sesekali boleh la cuba resepi yang lain daripada lain iaitu makanan dari negara barat. Rasa berlemak daripada kejunya pasti membuatkan anak-anak anda suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zai Harwani di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
BAKED CARBONARA CHEESE MEATBALL
Kalau nak keluar makan bersama anak-anak kan tak boleh memandangkan sekarang tengah musim PKP. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak baked carbonara cheesy meatball. Sesekali boleh la cuba resepi yang lain daripada lain iaitu makanan dari negara barat. Rasa berlemak daripada kejunya pasti membuatkan anak-anak anda suka. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zai Harwani di Facebook.
BAHAN-BAHAN
Bebola daging
Lada benggala
Bawang Holland
Minyak untuk menumis
1 tin sos carbonara
Susu segar
Keju mozzarella
Kredit: Zai Harwani
CARA PENYEDIAAN
Bebola daging digoreng terlebih dahulu. Selepas itu tumis lada benggala dan bawang bersama sedikit minyak.
Tuang sos carbonara. Masukkan satu tin sos carbonara di dalam kuali. Masak sampai mendidih, dan masuk susu segar lebih kurang setengah cawan dan lada hitam hancur.
Tuangkan sos cabonara ke atas bebola daging. Letakkan keju mozarella di atasnya.
Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah selama 10-15 minit. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.