ice blended

Sejak akhir-akhir ini, cuaca panas di negara kita semakin menjadi-jadi. Sedapnya kalau dapat minum air yang menyejukkan tekak seperti ice blended.

Lagi-lagi kalau dapat minum air frappuccino di Starbucks. Kalau beli sekali sekala tak apa, reward buat diri sendiri bak kata orang.

Tapi kalau setiap minggu nak beli, boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri kat rumah. Guna 3 bahan saja dah boleh minum air ‘mahal’ macam selalu beli tu.

CARA BUAT ICE BLENDED GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 4 cawan ais batu
  • 2 1/2 cawan air coklat
  • 2 cawan aiskrim coklat

Boleh tukar perisa lain mengikut selera masing-masing.

ice blended

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar semuanya sehingga ais hancur.

2. Tuangkan ke dalam cawan dan letakkan aiskrim pada bahagian atas.

3. Selamat mencuba!

Kredit: Anna Yusof

Baca juga: Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN