Siapa yang setiap kali ke pasar malam wajib beli roti pita kebab? Sedap sangat, makan satu kadang-kadang tak puas. Kalau ada yang nak buat sendiri pun mudah saja rupanya. Nak guna daging burger pun boleh, tak perlu beli daging kisar.
Memang puas hati kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak. Jom lihat resipi perkongsian oleh Roslan Rusly di bawah.
1. Tuang biji timun supaya tak berair.
2. Timun potong dadu.
3. Sapu marjerin pada luar roti pita dan panggang sekejap.
4. Masak daging dan hancurkan.
5. Masukkan lada sulah dan perasa.
6. Masukkan sos cili dan timun dan gaul sebati.
7. Potong salad kecil-kecil dan masukkan ke dalam roti pita secukupnya. Masukkan juga mayonis.
8. Masukkan daging yang sudah siap masak.
9. Selamat mencuba!
Kredit: Roslan Rusly
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…
Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…