Resipi jeruk nenas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang unik dan lain dari yang lain. Pasti ramai yang pertama kali lihat jeruk nenas ini bukan?
Menurut empunya resipi, Asmah Za’ba, dia juga pertama kali mencuba jeruk ini selepas berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Pantai Timur.
Bagi yang belum pernah makan, jeruk nenas ini memang wajib dicuba! Rasanya cukup sedap, terutamanya jika dimakan sejuk. Pasti membuatkan anda ketagih!
Baca juga: Aiskrim Jeruk Pauh, Buat Sendiri Lagi Puas! Lama Tak Nampak Orang Jual Ini
CARA BUAT JERUK NENAS
Bahan-bahan:
- Nenas (dipotong kecil)
- Cuka makan (2-3 sudu besar)
- Nisan kerek (1 keping, ditumbuk hancur)
- Gula (1-2 sudu besar)
- Garam (1/2 – 1 sudu teh)
- Cili kisar (1-2 sudu besar)
- Belacan (agak-agak)
- Air masak (agak-agak, secukupnya untuk tenggelamkan separuh kuantiti nenas)
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kecuali nenas dalam satu bekas. Kacau sebati hingga gula larut.
- Tuangkan campuran perapan ini ke atas nenas yang telah dipotong kecil.
- Kacau rata agar nenas terperap dengan sempurna.
- Simpan dalam peti sejuk. Anda akan melihat kuahnya bertambah banyak kerana air dari nenas akan keluar.
- Jeruk ini akan rasa masam-masam manis, sesuai untuk dimakan bila-bila masa!
Kredit resipi dan gambar: Asmah Za’ba
Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!