jenis susu tin

Setiap kali beli barang dapur, susu tin wajib ada dalam senarai kerana ia penting dalam masakan. Jika ke pasar raya, anda boleh nampak pelbagai jenis susu tin yang dijual.

Walaupun susu tin ini nampak sama pada rupa luarannya, namun masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.

Sebelum memilih susu tin yang ingin digunakan nanti, anda perlu tahu jenis dan kesesuaian setiap susu tin tersebut. Taklah salah guna nanti.

Ini antara jenis susu tin yang dijual di kedai untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Baca juga: 5 Cara Simpan Susu Cair Setelah Dibuka, Tak Cepat Rosak & Tahan 3 Bulan!

JENIS SUSU TIN

1. Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened condensed full cream milk)

jenis susu tin

Susu yang telah disejat air menjadi lebih pekat. Ia merupakan susu sejat ditambah gula. Oleh sebab ramuan utamanya adalah gula, ia cukup sesuai untuk minuman dan pencuci mulut.

2. Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)

jenis susu tin

Susu yang telah disejat menjadi pekat. Lemak susu dikeluarkan dan diganti lemak sayuran. Susu ini sesuai digunakan untuk masakan dan baking, tapi tak sesuai untuk minuman.

3. Krimer manis (sweetened creamer)

jenis susu tin

Susu ini sama dengan krimer sejat, tapi ditambah gula. Walaupun ditambah vitamin atau mineral, gula tetap bahan utamanya. Susu ini sangat sesuai untuk minuman.

4. Krimer Sejat (evaporated creamer)

jenis susu tin

Susu sejat yang dicampur buttermilk powder dan mengandungi lebih lemak sayuran. Walaupun kurang manis, rasanya lebih berlemak. Ia juga sesuai untuk minuman.

5. Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)

Susu ini lebih dikenali sebagai susu cair. Ia merupakan susu segar yang dipanaskan hingga airnya tersejat dan tiada tambahan gula. Susu ini sesuai untuk pencuci mulut atau sos.

6. Susu Isian Manis (sweetened filled milk)

Ia merupakan susu yang telah disejat air, ditambah gula, dikeluarkan lemak dan diganti lemak sayuran. Ramuan utamanya adalah gula, jadi susu ini sesuai untuk minuman atau sup berkrim.

Nak pergi ke kedai nanti, jangan lupa tengok senarai jenis susu tin tau. Selepas ini anda taklah beli sembarangan lagi bukan?

Semoga berguna!

Sumber: Lina Kamarudin

Baca juga: 9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN