jenis seafood

Setiap jenis seafood mempunyai tempoh memasak yang berbeza bergantung pada jenis dan saiznya. Kalau salah timing, dari lembut terus jadi liat dan kecut.

Jika anda selalu tertanya-tanya berapa lama nak masak udang, sotong, ketam dan sebagainya, panduan mudah ini boleh dijadikan rujukan di dapur.

Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!

CARA MASAK SETIAP JENIS SEAFOOD DENGAN MASA YANG BETUL

jenis seafood

1. Udang

Udang sangat cepat masak. Kalau direbus atau dikukus, cukup 2-3 minit saja, sehingga warnanya berubah jadi merah jernih. Kalau nak tumis atau goreng, cukup dalam 2-4 minit.

Tip: Jangan masak terlalu lama sebab udang mudah jadi keras dan kecut bila terlebih masa.

2. Siput Sedut

Untuk masak lemak atau gulai siput sedut, masa yang sesuai ialah 15-20 minit dengan api sederhana. Tapi sebelum itu, kena rebus awal 3-5 minit untuk buang bau lumpur.

Bila dimasak dalam kuah lemak, rasa akan lebih sedap dan ‘masuk’. Jangan masak terlalu lama, nanti isi jadi mengecut dan keras.

3. Kerang

Kerang pula tak perlukan masa lama. Rebus atau tumis selama 4-6 minit, cukup bila cengkerangnya terbuka. Jangan masak lebih 7 minit sebab isi boleh jadi liat dan kecut.

4. Sotong Kurita (Octopus)

Kalau anda masak sotong kurita, kena rebus perlahan selama 45-60 minit supaya isinya jadi lembut. Lagi lama rebus, lagi lembut. Ini teknik masakan ala Mediterranean.

5. Sotong (Squid)

Untuk goreng atau tumis ringkas, cukup masak selama 3 minit saja. Tapi kalau nak masak lemak atau kari pekat, kena biarkan 30-45 minit atas api perlahan.

6. Ketam (Crab)

Untuk rebus ketam, ambil masa 10-15 minit, bergantung pada saiz. Kalau masak lemak atau kari, ambil sekitar 12-18 minit. Tanda dah masak? Cengkerang bertukar merah terang dan isi mudah tertanggal dari kulit.

Sumber: Facebook

Baca juga: Nama Lain Untuk GULA Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Free Sugar’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN