resipi masak lemak ayam

Jom cuba resipi masak lemak ayam cili api gaya asli Negeri Sembilan ini! Yang menariknya, resipi ini langsung tak gunakan bawang, memang ikut cara tradisi.

Kalau rindu dengan rasa masak lemak Negeri Sembilan yang asli, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah. Makan pula dengan nasi panas-panas memang berselera, tak berhenti menyuap!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari!

RESIPI MASAK LEMAK AYAM CILI API ORIGINAL NEGERI SEMBILAN

resipi masak lemak ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong 16 dan dibersihkan
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kg santan – kerana suka kuah pekat dan banyak
  • 1 helai daun kunyit – buang urat tengah
  • Garam, gula dan serbuk perasa – secukup rasa
  • Air secukupnya – mengikut kepekatan kuah yang diingini (anggaran 1–2 gelas)

Bahan kisar:

  • 15 biji cili padi (atau ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 2 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Kacau perlahan dan renehkan sehingga ayam mengecut. Cara ini akan menjadikan ayam lebih cantik kekuningan dan rasa lebih meresap.
  3. Setelah ayam separuh masak, masukkan daun kunyit, santan, air (mengikut kepekatan kuah yang disukai) dan sedikit asam keping.
  4. Biarkan kuah mendidih dan ayam masak sepenuhnya sambil meresap segala perisa.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Daun Kunyit, Rasa Pedas & Bau Harum Pasti Memikat Selera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN