Categories: Tips & Petua

Resipi ‘Ibu Rempah’ Ini Wajib Ada Di Dapur, Masak Apa Pun Confirm Jadi Sedap!

Terdapat aneka jenis rempah ratus yang menjadi kunci yang membuatkan sesuatu hidangan lebih harum, kaya rasa dan menyelerakan.

Tak semua orang tahu, ada satu campuran rempah ringkas yang boleh disediakan awal-awal dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

Inilah dia yang digelar ramai sebagai ‘Ibu Rempah’. Rahsia bahan dapur yang wajib ada di setiap rumah untuk menjadi masakan yang lebih ‘umphh’!

Baca juga: Tips Masak Guna Cili Tapi Tak Pedas Menyengat, Ikut Petua Orang Lama Ini!

Resipi Ibu Rempah, Gabungan 3 Jenis Rempah Ratus

Resipi ini sangat mudah dan hanya menggunakan tiga jenis rempah utama iaitu:

Cara-caranya:

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) ketiga-tiga rempah ini dalam kuali hingga naik bau wangi.
  2. Bila dah sejuk, kisar kering sehingga menjadi serbuk halus. Simpan dalam bekas bertutup yang kedap udara. Ia boleh tahan lama dan kekal segar.

Cara Guna Ibu Rempah Dalam Masakan

Setiap kali nak masak, cukup ambil 1–2 sudu teh ‘ibu rempah’ ini dan tumis bersama bahan asas seperti bawang dan cili. Bau dia memang akan terus “menyengat” dapur! Rasa masakan pun jadi lebih pekat dan seimbang.

Resipi ibu rempah’ ini sangat serbaguna dan boleh digunakan dalam hampir semua jenis lauk yang berempah. Antaranya rendang, asam pedas, masak kicap, ayam bakar, ayam goreng, kari dan sup.

Apa sahaja yang anda masak, rasa dia pasti lebih menyelerakan dengan tambahan rempah ini. Jangan lupa cuba ya!

Sumber: Sara Iskandar

Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!

Wan N

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

13 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

1 hour ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

2 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

3 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

19 hours ago