jenis rambutan

Antara buah-buahan yang paling laku setiap kali musim buah adalah rambutan. Ramai teringin tahu jenis buah rambutan yang mana lebih manis dan berkhasiat.

Rambutan juga dikenali sebagai Nephelium lappaceum yang biasanya ditemui di kawasan tropika seperti Asia Tenggara.

Rambutan mendapat jolokan namanya daripada sifat kulit buahnya yang berbulu-bulu seperti rambut. Ia juga kelihatan mirip dengan buah laici.

Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan

Malaysia cukup terkenal dengan musim buah terutamanya rambutan kerana mengalami iklim khatulistiwa iaitu mengalami iklim panas dan lembab sepanjang tahun.

Musim pertama untuk rambutan adalah pada bulan Jun hingga Ogos, manakala musim keduanya adalah pada bulan Disember hingga Januari.

Biasanya kita nampak rambutan warna merah dan kuning, tapi adakah anda tahu jenis rambutan yang ada serta bagaimana pula isi dan rasa di dalam? Jom kita tengok!

JENIS RAMBUTAN MERAH DAN KUNING

jenis rambutan

Secara umumnya, terdapat kira-kira 7 kulvitar atau klon pokok rambutan yang menghasilkan buah berkulit merah dan kuning.

Kultivar atau Klon rambutan yang ada:

  • R 134
    Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, sederhana pejal, lekang dan berjus.
  • R 156
    Kulit berwarna kuning. Isinya tebal, sederhana manis dan pejal, berair dan lekang. Bentuk buah bulat.
  • R 162
    Kulit berwarna merah kekuningan. Isi tebal, sederhana manis, tidak begitu berair dan lekang. Bentuk buah bujur.
  • R 167
    Kulit berwarna merah kekuningan. Isinya sederhana tebal, manis, pejal dan lekang. Bentuk buah bujur.
  • R 170
    Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal, pejal dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
  • R 191
    Kulit berwarna merah. Isinya lembut, sederhana tebal,manis,kurang berair dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur.
  • R 193
    Kulit berwarna merah. Isinya manis, tebal dan pejal, serta berair dan lekang. Bentuk buah bujur.

KHASIAT RAMBUTAN MERAH DAN KUNING

jenis rambutan

Jika ditanya tentang manfaat rambutan merah dan kuning, kedua-duanya mempunyai khasiat sama iaitu kaya dengan antioksidan, Vitamin C dan serat menjadikannya pilihan berkhasiat.

Antara khasiat rambutan yang anda perlu tahu ialah:

  • Baik untuk sistem penghadaman

Rambutan mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh membantu dalam mengekalkan penghidratan dalam badan yang penting untuk sistem penghadaman.

  • Membantu menurunkan berat badan

Rambutan adalah buah yang mengandungi kalori yang rendah berbanding buah-buahan yang lain. Ia merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mengamalkan diet sihat.

  • Meningkatkan sistem imun

Rambutan kaya dengan Vitamin C yang membantu merangsang pengeluaran sel darah putih yang penting untuk lawan jangkitan. Ia juga kaya dengan sumber nutrien penting seperti iron, copper dan mangan.

  • Mengawal tekanan darah

Rambutan adalah sumber kalium baik, salah satu mineral berperanan penting dalam mengimbangi kesan natrium yang boleh meningkatkan tekanan darah.

  • Menambah tenaga

Selain nasi, rambutan juga adalah sumber karbohidrat yang baik, merupakan sumber utama tenaga badan. Oleh sebab itu, ramai memilih untuk memasukkannya dalam menu diet.

  • Mencegah anemia

Mengambil makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti rambutan boleh membantu menyokong pengeluaran sel darah merah yang sihat dan mencegah anemia.

Sentiasa beringat untuk mencuci rambutan terlebih dahulu untuk hilangkan kekotoran pada permukaan luarnya. Jangan lupa untuk buang bijinya dulu sebelum makan.

Sekarang musim buah rambutan, jom ajak keluarga dan kawan-kawan mencarinya. Jadikan jenis rambutan dalam artikel ini sebagai rujukan ketika membelinya nanti.

Sumber: Suara Petani

Baca juga: Resipi Rambutan Asam Boi Yang Pedas Masam Manis, Perap 1 Jam Dah Boleh Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN