Cakap pasal minyak masak, mesti ingat semua minyak masak sama je kegunaannya. Tapi bila dah masak, lain pula rasa dan hasil hidangan.
Untuk pengetahuan korang, minyak masak ada banyak jenis dan cara kegunaannya. Tak semua minyak masak yang sesuai untuk sesuatu jenis masakan. Silap haribulan, boleh ‘fail’ masakan kita tau!
Baca juga: Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya
Ada 10 jenis minyak masak yang ada di pasaran dan cara nak mengunakannya ikut kesesuaian masakan. Jom kita tengok.
1. Minyak Sawit
Kelebihan: Antara minyak yang mempunyai komposisi lemak yang baik. Ia juga mengandungi antioksida semula jadi, mampu mengawal peratusan hormon tromboksana dan prostasilin dalam darah, yang mana ia dapat mengelak daripada kecenderungan darah beku.
Kegunaan: Memasak dan menggoreng semua jenis masakan.
2. Minyak Kelapa
Kelebihan: Lemak yang berasal dari minyak kelapa boleh membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan, dan membantu penurunan berat badan.
Kegunaan: Sesuai untuk menumis dan memanggang. Boleh juga ditambah ke dalam kopi untuk rasa tambahan.
3. Minyak Avokado
Kelebihan: Menyihatkan jantung ini kerana mempunyai sifat anti-radang yang membantu mencegah kerosakan arteri, penyakit jantung, dan tekanan darah.
Kegunaan: Menumis, menggoreng, dan membuat mayonis homemade.
4. Ghee
Kelebihan: Sesuai untuk orang yang tidak tolenrasi dengan tenusu. Mempunyai sumber vitamin larut lemak yang hebat dengan rasa kacang yang lebih kuat daripada mentega.
Kegunaan: Sesuai untuk buat nasi Arab, hidangan makanan India, pengganti mentega, dan menumis.
5. Minyak Biji Pumpkin
Kelebihan: minyak yang kaya dengan vitamin A, K, E, serta asid lemak omega-3 dan omega-6.
Kegunaan: Sesuai untuk hiasan salad, celup atau pengasam salad, dan juga berpasangan dengan ais krim.
6. Minyak Walnut
Kelebihan: Mengandungi asid lemak omega-3, sumber zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Ia juga dapat mengekalkan tahap tekanan darah diastolik.
Kegunaan: Boleh dimasak dengan suhu sederhana (suhu tinggi makanan jadi pahit), salad dressing, pasta, dan coklat hazelnut homemade.
7. Minyak Bijan
Kelebihan: Melambatkan pertumbuhan dan replikasi sel, dapat turunkan tekanan darag, gula darah dan memperbaiki kulit. Selain itu, ia juga dapat berikan 17% vitamin K yang beri sokongan tulang dan cegah pembekuan darah.
Kegunaan: Sesuai untuk menumis dan memasak masakan Asia, bahan perapan, serta salad dressing.
8. Minyak Biji Bunga Matahari
Kelebihan: Minyak ini pula dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, membantu melawan kanser, turunkan kolestrol jahat serta meningkatkan tenaga.
Kegunaan: Sesuai untuk membakar ayam, ikan, atau tauhu.
9. Minyak Canola
Kelebihan: Kaya dengan lemak omega-6 hingga omega-3. Ia juga melawan kanser, artritis, dan asma. Minyak ini juga mempunyai asid alpha-linolenat (ALA) yang berperanan menjaga berat badan.
Kegunaan: Boleh dijadikan minyak masak harian, tahan tahap panas tertinggi dan tidak merosakkan rasa makanan yang dimasak bersama.
10. Minyak Biji Rami
Kelebihan: Boleh membantu sistem percernaan secara semulajadi untuk mengatasi sembelit. Ia juga dapat menguragkan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.
Kegunaan: Sesuai digunakan sebagai salad dressing, topping makanan dan juga smoothie.
Sumber: Eatthis, Restaurantcliks
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…