Categories: Makan Sini Best

Selain Daun Pisang, Ada Daun Lain Yang Boleh Balut Nasi Lemak, Aroma Tetap Wangi & Menyelerakan!

Kalau sebut nasi lemak, mesti terbayang balutan daun pisang yang wangi dan klasik. Tapi tahukah anda, ada jenis jenis daun lain yang boleh digunakan untuk membalut nasi lemak?

Bukan sahaja berfungsi sebagai pembungkus, malah setiap daun ini ada keunikan tersendiri dari segi aroma, tekstur dan rasa. Bau harum dari daun akan meresap ke dalam nasi, menjadikan nasi lemak lebih istimewa.

Menariknya, penggunaan daun sebagai pembungkus bukan sekadar praktikal, tetapi juga mesra alam dan lebih sedap berbanding plastik. Jom kita kenali satu persatu jenis daun selain daun pisang yang boleh digunakan untuk balut nasi lemak.

Baca juga: Resipi Nasi Lemak Tanpa Santan, Ganti Guna Susu Cair & Minyak Masak Pun Sedap!

JENIS JENIS DAUN SELAIN DAUN PISANG UNTUK BALUT NASI LEMAK

1. Daun Teratai

Daun teratai digunakan secara meluas di negara jiran seperti Thailand dan China. Teksturnya lebar dan mudah dilipat, sesuai untuk membalut nasi lemak dalam saiz besar. Selain nampak cantik, daun teratai juga memberi sedikit aroma segar pada nasi.

2. Daun Mengkudu

Orang dulu-dulu biasa guna daun mengkudu untuk balut makanan kerana daunnya lebar dan tidak mudah koyak. Nasi lemak yang dibalut dengan daun mengkudu bukan sahaja tahan lama, malah ada sedikit aroma herba yang unik.

3. Daun Getah

Jangan terkejut, daun getah juga pernah digunakan untuk membungkus nasi lemak terutama di kampung. Daunnya agak besar, keras dan tahan panas. Walaupun tidak memberikan aroma yang kuat seperti daun pisang, ia tetap praktikal sebagai pembungkus.

4. Daun Jati

Selain digunakan untuk balut tempe, daun jati juga boleh digunakan untuk membungkus nasi lemak. Daunnya tebal dan memberi sedikit rasa pahit manis semula jadi yang unik pada nasi.

5. Daun Keladi

Sesetengah tempat menggunakan daun keladi untuk balut nasi. Namun, kena hati-hati kerana ada jenis keladi yang gatal. Biasanya daun keladi kampung yang sesuai dijadikan pembungkus.

6. Daun Mengkudu Siam 

Daun mengkudu siam juga boleh digunakan untuk membungkus nasi lemak. Daunnya lebih kecil tapi bila digunakan beberapa helai, cukup untuk membungkus sebungkus nasi lemak dengan kemas.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Sumber: Michelin Guide, Noni Reasearch

Baca juga: Jenis Beras Yang Sedap Untuk Buat Nasi Lemak, Pilih Betul-Betul Baru Puas Hati!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

3 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

3 days ago