Jika anda tercari-cari resipi ikan yang mudah tapi lazat, jom cuba resepi ikan temenung goreng masak asam ini.
Kuahnya yang masam, manis dan pedas pasti boleh menaikkan selera sesiapa saja, terutamanya buat mereka yang hilang selera makan.
Sepinggan nasi confirm tak cukup, auto’ berselera dibuatnya! Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!
1. Cuci bersih ikan. Kemudian kelar dan goreng mengikut selera sama ada garing ada suku masak. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Tumis cabai hidup, bawang besar, bawang putih, cabai melaka dan halia sehingga semuanya layu.
3. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Alih-alihkan ikan sehingga bahan tumis mesra.
4. Selepas itu, masukkan 1/2 cawan air asam jawa cair.
5. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air. Perasakan dengan garam, gula secubit dan serbuk perasa. Gaul sebati dan renehkan seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hani Myhanie Ali
Baca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…