japanese yogurt cheesecake

Pencuci mulut mudah kini kembali viral dan paling banyak muncul di media sosial ialah Japanese Yogurt Cheesecake, versi cheesecake tanpa bakar yang hanya perlukan dua bahan sahaja.

Resipi ini mula tular kerana hasilnya berkrim, lembut dan mirip cheesecake Jepun walaupun langsung tak guna cream cheese. Rahsianya? Greek yogurt!

Jika anda suka pencuci mulut cepat yang sesuai untuk diet dan tak renyah, inilah resipi yang patut cuba.

Baca juga: Resepi Strawberry Cheesecake Viral Tanpa Oven, Tekstur Lembut Berkrim Sampai Cair Di Mulut!

RESIPI JAPANESE YOGURT CHEESECAKE (VERSI JIMAT)

japanese yogurt cheesecake

Bahan-bahan:

  • 1 bekas Greek yogurt
    (wajib Greek sebab ia pekat & beri tekstur cheesecake)
  • Biskut pilihan
    – Marie, Digestive, Biscoff atau biskut jejari

Cara-cara penyediaan:

1. Buka yogurt dan kacau sedikit supaya ia sebati.

2. Masukkan biskut satu per satu dan tekan hingga penuh dalam bekas yogurt.

3. Bila dah tak boleh isi lagi, tutup balik bekas dengan rapat.

4. Simpan dalam peti ais minimum 8 jam atau semalaman.

5. Selepas sejuk, yogurt akan jadi lebih pekat dan creamy, manakala biskut menjadi lembut seperti base cheesecake.

Tips Untuk Japanese Yogurt Cheesecake Lebih Sedap

  • Tambah madu atau susu pekat jika suka manis.
  • Letak topping seperti granola, oreo hancur atau buah beri.
  • Pilih Biscoff untuk aroma caramelized.
  • Nak lebih cheesecake? Perahkan sedikit lemon.

Japanese Yogurt Cheesecake sangat ringkas, sedap, berkrim dan cuma perlukan dua bahan. Simpan semalaman dalam peti sejuk dan esok anda dapat pencuci mulut ala cheesecake Jepun yang lembut serta mewah tanpa perlu oven.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Cheesecake Air Fryer Bajet Tanpa Whipping Cream, Gebu Gebas Kejadiannya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN