Nak cuba menu orang dulu-dulu, jom cuba masak Jantung Pisang Masak Cili Api ini. Selalunya akan digandingkan bersama pucuk ubi dan ikan goreng. Memang sedapnya, tekak je yang tahu.
Nak pula makan dengan nasi panas-panas, memang syahdu feeling tu. Kebiasaanya, ia dibuat untuk kerabu atau ulam-ulaman. Tapi buat masak lemak cili api pun sedap juga tau.
Baca juga: Pelbagai Resipi Masak Lemak Cili Api Ada Di Sini
Bukan itu sahaja, banyak khasiat rupanya. Antaranya ialah ia mempunyai sifat antioksidan, tinggi kandungan mineral, serat, protein, karbohidrat selain rendah dengan lemak dan kalori untuk tubuh badan manusia.
Nak pula masak lemak cili api ini antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas.
Ikuti perkongsian resipi dari SuiSan Aliezsha ini. Beliau menggunakan jenis jantung pisang nipah kerana tidak pahit dan kelat dan memang sedap dimakan. Jom ikuti resipi di bawah.
RESIPI JANTUNG PISANG MASAK LEMAK CILI API
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.
Portion hidangan: 3 – 4 Orang Makan
Bahan-bahan:
- Jantung Pisang
- Pucuk Ubi Kayu
- Cili Padi – ditumbuk
- Kunyit Hidup – ditumbuk
- Ikan Bilis
- Asam Keping
- 1 ½ Biji Kelapa Parut – pati santan sahaja
- Garam
Cara-cara memasak:
1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Wah! Resipi ringkas tapi menyengat ye. Patutlah resipi ni banyak like dan share.
Sekali sekala makan jantung pisang macam ni pun syok juga. Lepas rindu makanan kampung. Korang boleh matchkan lauk ni dengan ikan goreng. Barulah letops!
Selamat mencuba!