Pasti ramai yang tidak pernah mendengar menu pencuci mulut yang legend ini, iaitu jagung kelapa parut.
Sebut saja nama manisan ini, sesetengah orang pasti akan auto teringat kenangan zaman kecil di kampung.
Bahan-bahan serta cara penyediaannya juga cukup mudah dan tidak renyah mana. Ia juga cukup sedap jika dinikmati ketika sejuk.
Pertama sekali, kita perlu merebus jagung dan asingkan isi dari batangnya. Kemudian isi jagung digaul dengan kelapa parut.
Untuk mengetahui cara yang lengkap, jom kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Siti Naaquiah di bawah.
Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Rebus jagung di dalam air sehingga empuk. Bila dah empuk, angkat jagung tersebut dan ambil isinya sahaja. Boleh hiris atau leraikan dari batangnya.
2. Campurkan semua bahan iaitu isi jagung, kelapa parut, garam dan gula. Gaul sehingga semuanya sebati.
3. Simpan di dalam bekas yang bertutup. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
4. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Siti Naaquiah
Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!
Baca juga: Kena Gaul Dengan Garam, Rahsia Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama
Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…
Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…
Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…
Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…
Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…
Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…