Categories: Kesihatan

Ingin Kekal Sihat? Amalkan Memakan Timun Untuk Kekuatan Tubuh Badan

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-28 02:38:28

Timun biasanya boleh dimakan mentah-mentah atau dijadikan sebagai ulam untuk menyeimbangkan makanan. Rasanya yang segar ketika dimakan sememangnya boleh menaikkan lagi selera makan kita. Tahukah anda? Sebenarnya, timun mempunyai banyak lagi kelebihan selain daripada menjadi makanan yang melengkapi sesuatu hidangan. Antaranya adalah dengan memberi kesan baik dari segi kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Julie Roshana tentang kebaikan timun ini.


Kredit: Donna

KHASIAT SAYUR TIMUN

 

  1. Merendahkan Gula Dalam Darah


    Kredit: Baituljannah

    Timun secara alaminya sangat membantu mencegah penyakit diabetes atau kencing manis. Ianya juga sekaligus dapat membolehkan para pesakit diabetes mengawal kadar gula mereka. Timun mengandungi cucurbitacin mampu menyekat glukos dalam darah dari naik terlalu tinggi dengan bertindak mengawal pelepasan insulin. Tambahan lagi, timun juga mengandungi yang dan metabolism glikogen hepatik, iaitu sejenis dalam pemprosesan gula dalam darah.

 

  1. Menurunkan Berat Badan


    Kredit: Profhariz.com

    Berita baik buat sesiapa yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, timun adalah solusi yang baik anda perlu pilih. Ini kerana timun mengandungi kuantiti air yang banyak dan juga kalori yang rendah. Kedua-dua ini sangat penting bagi merek yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Amalkan memakan timun beserta kulitnya kerana ia mengandungi serat yang boleh mengenyangkan parut. Ambil sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari dan lama kelamaan anda sudah boleh menggantikan nasi kepada timun ini.

  2. Mengekalkan Hidrasi


    Kredit: lonox

    Timun mengandungi air yang tinggi iaitu sebanyak 90 peratus. Ini dapat memanfaat kita sebaik mungkin jika kita sering memakan timun kerana khasiat timun akan membantu tubuh badan kita kekal terhidrat. Bagi yang kurang tahu, hidrasi ini sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ianya dapat membantu pergerakan usus lebih baik dan mencegah sembelit daripada berlaku kepada seseorang. Selain itu, dengan mendapatkan hidrasi yang cukup, seseorang dapat mengelakkan diri dari terkena batu karang.


  3. Mengurangkan Risiko Kanser


    Kredit: Message Magazine

    Selain menajdi pelengkap hidangan makanan, timun juga dikatakan mempunyai khasiat yang mampu mengurangkan risiko kanser kepada seseorang. Terdapat tiga elemen yang terkandung dalam sayur timun ini iaitu secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga elemen ini sangat membantu dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti ovari, kanser payudara dan kanser prostat. Tambahan lagi, timun juga mengandungi antioksidan yang berfungsi menghalang oksidasi daripada menghasilkan radikal bebas. Jika radikal bebas terkumpul di dalam badan risiko untuk terkena penyakit kronik akan meningkat. Jadi, dengan adanya antioksidan, ia dapat menjauhkan seseorang daripada  risiko kanser.


  4. Mengatasi Sakit Migrain


    Kredit: Keluarga

    Bagi yang sering mengalami pening kepala yang teruk atau migrain, anda boleh mula mengamalkan pemakanan timun ini kerana ianya sangat membantu. Timun menganduni vitamin B, gula dan ektrolit yang bertindak menambahkan  nutrisi dalam badan kita sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala mahupun mabuk. Dengan mengamalkan pemakanan timun, migrain mungkin akan lebih terkawal dan anda boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa. Caranya adalah dengan membiasakan memakan hirisan timun sebelum tidur supaya dapat mengelakkan pening kepala di pagi hari.

 

Konklusinya, timun sememangnya sangat berguna dari bermacam-macam aspek. Banyak lagi manfaat sayur timun yang kita tidak ketahui. Oleh itu, jom sama-sama menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan timun sebagai makanan kesihatan kita! Semoga bermanfaat untuk semua!

myresipi

Recent Posts

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

4 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

5 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

5 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

7 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

8 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

8 hours ago