ikan tilan

Bagi orang Pahang mungkin rupa Ikan Tilan ini tidak pelik, tapi bagi mereka yang tidak pernah tahu kewujudan spesis ikan ini pasti akan cakap kenapa rupa dia macam ular sawa batik?

Menariknya di Pahang, sungai-sungainya bukan sahaja kaya dengan buaya malah bermacam-macam lagi hidupan ada di sana.

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba! 

Untuk pengetahuan korang, selain ikan patin sejenis ikan lagi yang menjadi kegemaran masyarakat Pahang ialah ikan Tilan. Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di dalam sungai di kawasan tropika.

Ciri-ciri Ikan jenis ini

ikan tilan

Ikan ini mempunyai ciri-ciri seakan belut, cuma ia mempunyai sirip seperti duri yang berbaris dan ikan ini juga mempunyai tubuh yang agak pipih.

Baca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak ‘Pro’!

Ikan Tilan ini sangat sesuai untuk dibuat masak gulai asam dan juga asam pedas. Ikan Tilan ini juga mempunyai isi yang sangat lembut seakan-akan ikan salmon.

Jadi, korang mengidam ikan yang mempunyai rasa bak kayangan secara percuma? Datanglah ke negeri Pahang, terutamanya Kuala Lipis oleh kerana ikan ini kebiasaannya dijumpai di sini. Bagi mereka yang minat mengail, korang boleh mengisi masa dengan hobi, di samping mendapat habuan!


Amacam? Ada yang nak cuba rasa ikan ini? 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN