ikan tenggiri sambal hijau

Mari cuba masak lauk Ikan Tenggiri Sambal Hijau. Selalu buat lauk gulai atau sambal tumis, bosan juga. 

Selain ikan kembung atau ikan selar, ikan tenggiri merupakan antara jenis ikan yang kerap dan selalu juga dimasak dalam masakan tempatan. Ia juga mempunyai pelbagai cara masakan, jadi tak hairanlah ikan tenggiri memang popular di kalangan orang kita.

Baca Juga: Tenggiri Masak Cuka Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Pedasnya

Biasanya, ikan tenggiri dimasak dengan cara penyediaan gulai selain goreng begitu sahaja. Jadi, untuk kali ini, kami ingin memberi satu resepi masakan ikan tenggiri yang pastinya sedap dan tidak jemu dimakan.

Lagi-lagi untuk orang yang suka makan pedas! Jom kita tengok dan try sendiri resepi ikan tenggiri masak sambal hijau ini. Memang masakan yang mengancam!


RESIPI IKAN TENGGIRI SAMBAL HIJAU

ikan tenggiri sambal hijau

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 15 biji cili api
  • 5 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil belacan

Bahan-bahan menumis:

  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (hiris kasar)
  • 3 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing.

3. Asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan ikan yang sudah digoreng, bawang besar, cili hijau . Kacau rata.

5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Kacau rata lagi. Siap!


Sedia dinikmati lauk Ikan Tenggiri ini.

Resipi oleh: Facebook Yunie Signature

Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN