Penemuan ikan yang dipercayai menyerupai piranha di Empangan Klau, Raub, Pahang menarik perhatian ramai dan mencetuskan persoalan mengenai ikan piranha Malaysia. Jabatan Perikanan memaklumkan ikan tersebut mempunyai ciri morfologi yang konsisten dengan kumpulan Pygocentrus.
Bagaimanapun, orang ramai diminta tidak panik kerana setakat ini hanya seekor ikan dilaporkan ditangkap dan belum ada bukti menunjukkan piranha telah membentuk populasi serta membiak di Empangan Klau.
Baca juga: Makan Telur Separuh Masak Setiap Pagi, Wanita Ini Kongsi Apa Berlaku Pada Suami Selepas 3 Minggu
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, ikan yang ditangkap di Empangan Klau mempunyai ciri-ciri morfologi konsisten dengan kumpulan Pygocentrus.
Namun, pengesahan sehingga ke peringkat spesies masih belum dapat dibuat kerana spesimen fizikal ikan tersebut sudah tidak tersedia untuk pemeriksaan lanjut.
Ikan berkenaan dilaporkan telah mati dan dibuang oleh individu yang menangkapnya sebelum siasatan dijalankan.
Siasatan Jabatan Perikanan Pahang mendapati ikan tersebut ditangkap menggunakan jala oleh seorang penduduk pada 26 Ogos 2026.
Rakaman mengenainya kemudian dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp sebelum tular di media sosial.
Berdasarkan keterangan individu terbabit, hanya seekor ikan yang didakwa sebagai piranha ditangkap pada hari tersebut. Tangkapan lain terdiri daripada lampam sungai, lampam Jawa, zebra tilapia dan peacock bass.
Setakat 15 September 2026, pemantauan Pejabat Perikanan Negeri Pahang tidak merekodkan sebarang tangkapan tambahan ikan yang disyaki sebagai piranha.
Jabatan Perikanan juga memaklumkan belum terdapat bukti menunjukkan kewujudan populasi piranha yang telah bertapak dan membiak di Empangan Klau.
Pemantauan akan diteruskan di kawasan empangan dan sekitarnya bagi mengesan sebarang perkembangan baharu.
Walaupun penemuan tersebut menimbulkan kebimbangan, orang ramai diminta tidak panik dan tidak membuat kesimpulan bahawa Empangan Klau sudah mempunyai populasi piranha.
Dalam masa sama, Jabatan Perikanan mengingatkan orang ramai supaya tidak melepaskan ikan asing yang berpotensi menjadi invasif ke perairan umum kerana ia boleh menjejaskan ekosistem serta populasi ikan tempatan.
Jika menangkap ikan yang disyaki sebagai spesies asing, jangan lepaskan semula ke dalam air.
Jika spesimen masih sesuai, simpan dan segera hubungi pejabat perikanan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Ujian DNA juga boleh dilakukan sekiranya diperlukan bagi membantu mengenal pasti spesies tersebut dengan lebih tepat.
Buat masa ini, penemuan di Empangan Klau masih melibatkan satu ekor ikan yang mempunyai ciri konsisten dengan kumpulan Pygocentrus dan belum ada bukti piranha telah membentuk populasi di kawasan berkenaan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Utusan Malaysia
Baca juga: Wanita Misteri Di Pasar Malam Jadi Bualan, Ramai Netizen Dakwa Pernah Kena ‘Pau’… AWAS!
Resipi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan mudah, tidak pedas…
Buttermilk spaghetti mungkin bukan gabungan yang biasa dibuat di rumah, tetapi sekali cuba memang boleh…
Kalau suka bancuhan celup tepung yang berserdak, berkerak dan rangup macam celup tepung Terengganu, ada…
Nak buat cucur udang bulat yang bentuknya cantik, tak leper dan rangup di luar? Ada…
Nak tahu cara masak beras basmati supaya nasi yang terhasil panjang, gebu, lembut dan tidak…
Asam Pedas Pari merupakan antara hidangan yang cukup sinonim dengan sajian selatan, terutama bagi peminat…