Categories: Resipi

Balik Kerja Penat? Buat Nasi Goreng Cina Simple Ini, Tak Sampai 20 Minit Dah Boleh Makan!

Resipi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan mudah, tidak pedas dan tidak memerlukan banyak kerja di dapur, terutamanya selepas seharian bekerja dan pulang dalam keadaan yang penat.

Gabungan udang, telur, sayur-sayuran dan sedikit minyak bijan memberikan aroma harum serta rasa yang cukup menyelerakan tanpa perlu menggunakan terlalu banyak perencah.

Ketika kurang sihat atau sekadar mengidam makanan yang panas dan menyamankan, resipi ini boleh menjadi pilihan. Sesuai dinikmati ketika perut mula lapar tetapi tenaga untuk memasak sudah berkurangan.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

RESIPI NASI GORENG CINA SIMPLE

Bahan-bahan: 

  • 3–4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji telur saiz A
  • 3 ekor udang XL
  • 1 kiub pati ayam
  • Lobak merah, dipotong kecil
  • Daun bawang, dipotong kecil
  • Nasi untuk 2 orang
  • 1 sudu minyak bijan
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul dan masak seketika. Tolakkan ke tepi kuali.
  3. Masukkan bawang putih dan udang. Tambahkan kiub pati ayam dan gaul rata.
  4. Masukkan lobak merah serta daun bawang yang telah dipotong kecil.
  5. Masak sehingga udang berubah warna dan bahan-bahan sebati.
  6. Masukkan nasi dan gaul rata bersama bahan-bahan lain.
  7. Tuangkan minyak bijan dan teruskan menggaul sehingga nasi masak sekata serta beraroma harum.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: sarahzmri

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Terpaling Ringkas, Guna Bahan Ringkas Tapi Sedapnya Tak Boleh Bincang!

Izzati

Recent Posts

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

1 hour ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

2 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

2 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

2 hours ago

Mirip Kuih Bom Tapi Ada Kelainan! Resipi Bebola Bijan Ala Vietnam, Sedap Makan Panas-Panas

Kuih bebola bijan Vietnam merupakan kuih yang hampir serupa dengan kuih bom di Malaysia. Kedua-duanya…

4 hours ago

Resipi Sambal Totok Jawa, Goreng & Tumbuk Kasar-Kasar Macam INI Barulah Lebih Terasa!

Sambal totok Jawa antara hidangan yang sesuai dijadikan pelengkap makanan, terutama bagi penggemar sambal pedas.…

5 hours ago