Categories: Resipi

Resipi Vadai Garing & Sedap, Buat Sendiri Pun Mudah! Bahan Tak Banyak, Hasil Puas Hati

Cara buat vadai yang unik ini sebenarnya sangat mudah. Resipi ini sesuai untuk anda yang mahu mencuba snek tradisional di rumah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan tidak memerlukan teknik yang rumit.

Selain itu, gabungan bawang, halia, cili api, daun kari, dan jintan manis menghasilkan aroma yang harum. Rasa vadai juga lebih sedap dan beraroma dengan tambahan bahan-bahan ini.

Hasilnya, bahagian luar vadai menjadi garing dan bahagian dalamnya pula lembut serta sedikit bertekstur. Lebih menarik, vadai ini sedap dinikmati bersama sos pilihan. Ia juga sesuai dijadikan kudapan untuk sarapan ataupun minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Masala Vadai Harum Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Mengintai Bau Sedap!

CARA BUAT VADAI, SEDAP DAN MENARIK!

Bahan-bahan:

  • Kacang ulunthu
  • 1 biji bawang besar
  • Halia secukupnya
  • Cili api secukupnya
  • Hirisan daun kari
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung beras

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci bersih kacang ulunthu dan rendam selama 4 jam.
  2. Kisar kacang bersama sedikit air secara berperingkat sehingga mendapat tekstur yang pekat dan tidak terlalu halus.
  3. Masukkan bawang besar, halia, cili api, daun kari, jintan manis, baking soda, garam dan tepung beras. Gaul hingga sebati.
  4. Basahkan tangan dengan sedikit air sebelum mengambil dan membentuk adunan supaya tidak mudah melekat.
  5. Goreng vadai dalam minyak panas sehingga garing dan keperangan.
  6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: eydazmn

Baca juga: Resepi Kuih Vadai Rangup, Petua Kisar & Tapis Kacang Dal Buat Kuih Jadi Lagi Gebu!

Izzati

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

2 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

39 minutes ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

2 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

3 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago