makan cendol

Makan cendol di gerai tempatan memang menjadi antara perkara wajib dicuba oleh pelancong yang datang ke Malaysia. Namun, satu perkongsian peniaga baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia mendakwa ada pelancong asing cuba mendapatkan hidangan secara percuma.

Kisah yang tular di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi. Ramai netizen menyokong tindakan peniaga tersebut yang tetap meminta bayaran seperti pelanggan lain.

Baca juga: Hanya Jaga Makan Ikut Menu INI Dan Jalan Kaki, Lelaki Ini Berjaya Turun Berat Badan 5.6KG!

MAKAN CENDOL SAMBIL BUAT REVIEW

makan cendol

Menurut peniaga itu, dua pelancong asing singgah di gerainya dan bertanya mengenai cendol sebelum memesan dua mangkuk.

Mereka kemudian merakam video sambil menikmati cendol dan berkali-kali memuji rasanya yang lembut serta sedap.

Peniaga tersebut hanya menganggap mereka pelanggan biasa yang ingin mencuba makanan tempatan buat kali pertama.

BILA SAMPAI MASA BAYAR, TERUS BERUBAH REAKSI

makan cendol

Selepas selesai makan, peniaga itu meminta bayaran RM10 untuk dua mangkuk cendol.

Menurutnya, kedua-dua pelancong tersebut kelihatan terkejut seolah-olah tidak menjangkakan mereka perlu membuat pembayaran.

Bagaimanapun, dia tetap bertegas bahawa setiap pesanan perlu dibayar tanpa mengira siapa pelanggan itu.

PERINGATAN BUAT PENIAGA KECIL

Peniaga tersebut percaya ada segelintir individu yang menggunakan alasan membuat review atau kandungan media sosial dengan harapan mendapat makanan secara percuma.

Susulan pengalaman itu, dia berharap peniaga kecil lebih berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan pujian semata-mata. Pada masa sama, ramai netizen mengingatkan agar kejadian seperti ini tidak digeneralisasikan kepada semua pelancong asing.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mata Helang

Baca juga: Cuti Pun ‘Jiwa Barista’ Tak Hilang, Cara Suami Ini Tuang Pelembut Buat Ramai Terhibur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN