produk baharu khairul aming

Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis akhirnya diumumkan kepada umum. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai apabila peminat tidak sabar untuk mencuba variasi sambal baharu.

Menariknya, sepanjang enam tahun beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan, Khairulaming hanya mempunyai satu jenis sambal sahaja iaitu Sambal Nyet Berapi. Kini, peminat tegar sambal beliau boleh tersenyum lebar kerana ada versi baharu yang menjanjikan rasa lebih kick dan padat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Baca juga: Khairul Aming Buka Restoran Pertama ‘Rembayung’, Pelaburan RM4 Juta Di Tengah KL

Produk Baharu Khairul Aming Raih Perhatian Netizen

produk baharu khairul aming

Menurut Khairul Aming, penghasilan Sambal Nyet Bilis melibatkan pemilihan bahan yang teliti termasuk ikan bilis segar dari Setiu, Terengganu. Beliau sendiri turun ke laut bersama nelayan tempatan bagi melihat proses mendapatkan bekalan ikan bilis dan memahami cabaran di sebalik sumber utama sambal tersebut.

Selain ikan bilis, keunikan sambal ini turut terletak pada penggunaan campuran cili. Jika Sambal Nyet Berapi sebelum ini lebih sinonim dengan cili merah, resipi untuk sambal baharu ini menggunakan 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah.

Gabungan cili hijau dan cili merah menghasilkan rasa pedas yang lebih seimbang dengan aroma yang lebih harum. Ia turut dilengkapi dengan tomato segar, daun limau purut serta belacan bagi memberikan rasa umami yang mengingatkan kepada sambal tradisional.

Diproses Di Kilang Kota Bharu Dengan 100 Pekerja Tempatan

Sambal Nyet Bilis ini diproses di tiga buah kilang milik Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Kemudahan tersebut mampu menghasilkan lebih 12,000 botol sambal sehari merangkumi proses penyediaan bahan, memasak, pembotolan sehingga pembungkusan.

Lebih membanggakan, operasi perniagaan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada 100 pekerja tempatan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan perniagaan Khairul Aming sejak enam tahun lalu.

Tarikh Dan Jumlah Pelancaran

Bagi yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan Sambal Nyet Bilis, sebanyak 125,000 botol akan dilancarkan pada 7 Ogos jam 9.00 malam menerusi sesi siaran langsung di TikTok Khairul Aming.

Sumber: Khairul Aming

Baca juga: Rembayung Khairul Aming Raih Pujian Pengunjung Di Hari Pertama, Ada Menu Dapat Rating 10/10!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN