Categories: Resipi

Ikan Masak Kengsom Thai Original, Kuah Masam Pedas Segar, Satu Lauk Dah Cukup Buat Nasi Bertambah

Ikan masak kengsom memang terkenal sebagai menu masam pedas yang boleh buat selera terus naik. Kuahnya jernih, rasa masam segar dari nanas dan asam jawa, digabung pula dengan kepedasan cili segar. Paling best, menu ini tak guna santan, jadi lebih ringan dan sesuai dimakan bila-bila masa.

Resipi ikan masak kengsom Thai original ini dikongsikan oleh Nur Hidayah di Facebook. Menurut beliau, setiap kali balik kampung Pattani, menu inilah yang wajib dimasak oleh sepupu. Walaupun dulu tak biasa makan, lama-kelamaan ia terus jadi menu kegemaran keluarga.

Baca juga: Sup Sayur Simple Tanpa Perencah Yang Cepat & Sihat, Wangi Ala Thai Pasti Anak-Anak Suka

RESIPI IKAN MASAK KENGSOM THAI ORIGINAL

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap atau ikan kerapu
  • Nanas masak (dipotong)
  • Kangkung

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji cili merah (buang biji)
  • 15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 batang serai

Bahan-bahan perasa:

  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air perahan 1 biji limau nipis

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama nanas.

3. Masak hingga kuah mendidih dan naik bau.

4. Masukkan air asam jawa, kemudian perasakan dengan garam dan gula.

5. Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak.

6. Masukkan kangkung dan sedikit air limau nipis. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Tips Supaya Ikan Masak Kengsom Lebih Sedap

  • Gunakan nenas betul-betul masak untuk rasa masam semula jadi
  • Jangan masak ikan terlalu lama supaya isi tidak hancur
  • Limau nipis masukkan akhir sekali untuk aroma segar

Ikan masak kengsom paling sedap dimakan bersama nasi putih panas. Walaupun hanya satu lauk, rasanya sudah cukup lengkap dan memuaskan.

Kalau anda peminat masakan Thai atau menu masam pedas, resipi ini memang wajib cuba sekurang-kurangnya sekali.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Hidayah

Baca juga: Kerang Rebus Ala Thai Pedas Masam, Sekali Cuba Terus Tak Berhenti Makan Sebab Tak Cukup!

Aimi

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

2 days ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

2 days ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

2 days ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

2 days ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

2 days ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

2 days ago